- Lain-lain
Artis Muda Kejar Impian di “Ibu Kota Porselin” (8)
Seorang pewaris teknik membuat porselin bekerja di bengkelnya di Blok Sejarah dan Kebudayaan Taoyangli di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, di timur China (People's Daily Online/Shi Yu) |
Di Blok Sejarah dan Kebudayaan Taoyangli di Jingdezhen, provinsi Jiangxi di timur China, kelihatan pewaris-pewaris teknik pembuatan porselin sedang bertukang iaitu melukis dan mengukir pada tanah liat di bengkel dengan bimbingan ketua yang berpengalaman.
Bersama-sama pewaris generasi lama, kini semakin ramai artis muda berpusu-pusu ke Jingdezhen untuk secara kreatif meneruskan teknik pembuatan porselin, sekali gus mengaktifkan semula warisan budaya tidak ketara.
Untuk mengekalkan intipati kraf ini untuk generasi akan datang, Jingdezhen telah melatih lebih 1,900 pewaris melebihi peringkat bandar.
Jingdezhen yang mempunyai tujuh kolej dan universiti dengan kemampuan menampung 84,000 pelajar, telah membangunkan sistem pendidikan dan latihan bakat yang komprehensif.