- Lain-lain
Kisah Xi | Didorong Presiden Xi, Wanita OKU Mongolia Dalam Kini Bergelar Guru
Wang Yani, wanita golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan di Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, memulakan tahun 2024 dengan segala persiapan yang perlu untuk mengajar.
Seawal zaman kanak-kanak lagi, Wang sudah beraspirasi untuk menjadi guru. Impian tersebut tersemat di hatinya sejak dia berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping pada 2014, iaitu ketika Xi melawat Rumah Kebajikan Kanak-kanak Hohhot pada malam Tahun Baharu Cina.
Rumah kebajikan tersebut menempatkan sekitar 200 kanak-kanak yatim piatu dan OKU, termasuk Wang.
Presiden China, Xi Jinping berbual-bual dengan Wang Yani (kiri) dan Yan Zhijing di Rumah Kebajikan Kanak-kanak bandar Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, pada 28 Januari 2014. (Xinhua/Lan Hongguang)
Di bilik Wang, Xi membelek beberapa buku bahasa isyarat serta album-albumnya, dan memberikan galakan kepada Wang untuk belajar bersungguh-sungguh.
Wang kemudiannya melenturkan ibu jarinya, yang bermaksud “terima kasih” dalam bahasa isyarat. Xi lantas meniru gerakan Wang untuk belajar isyarat tersebut.
Presiden China, Xi Jinping belajar daripada Wang Yani (kedua dari kiri) dan Yan Zhijing untuk mengucapkan “terima kasih” dalam bahasa isyarat di Rumah Kebajikan Kanak-kanak bandar Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, pada 28 Januari 2014. (Xinhua/Lan Hongguang)
Di bilik latihan rumah kebajikan itu juga, terdapat sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlatih untuk persembahan Tahun Baharu Cina. Ketika Xi memasuki bilik tersebut, kanak-kanak itu meluru ke arahnya.
Presiden China itu kemudiannya mencangkung dan dengan lembut mendukung salah seorang kanak-kanak. Kumpulan kanak-kanak itu mula menyanyikan lagu berjudul "Jiwa yang Bersyukur."
Presiden China, Xi Jinping melawat Rumah Kebajikan Kanak-kanak Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China, pada 28 Januari 2014. (Xinhua/Pang Xinglei)
Xi dalam ucapannya ketika itu berkata bahawa seluruh masyarakat perlu menunjukkan belas kasihan dan memberikan perhatian terhadap kanak-kanak, terutamanya anak yatim dan yang kurang upaya. Usaha bersepadu juga perlu dilakukan untuk memastikan mereka membesar dengan sihat dan merasai kasih sayang.
"Kini, saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendoakan mereka berjaya dalam pelajaran. Harapan atuk Xi terhadap saya ketika itulah yang menjadi sumber motivasi saya dalam mengejar cita-cita," kata Wang.
- Usahawan dari Chongqing Bantu Permudah Komunikasi OKU Pendengaran
- Kisah Xi | Industri Ikan Gelama Kuning di Fujian, Contoh Amalan Kebijaksanaan Xi Mengenai Keterjaminan Makanan
- Satu Karya Salinan Kaligrafi Cermin Budaya Keluarga Xi
- Kisah Xi | Monumen Keluli, Lambang Persahabatan China-Serbia
- CUC, UNESCO Anjur Seminar Fokus Kebolehcapaian Maklumat OKU
- “Pawagam Guangming” CUC Menang Anugerah Teladan Pengurangan Kemiskinan
- Balas Kasih Ibu Yang Umpama Mentari
- Ketaatan kepada Ibu