99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama BRI

(CRI)Jumaat 14 Jun 2024

Mesyuarat Pengerusi Mekanisme Dialog dan Kerjasama Peringkat Tinggi China-Indonesia diadakan di provinsi Jilin pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi dan penyelaras Indonesia untuk kerjasama dengan China, Luhut Binsar Pandjaitan.

Wang berkata China dan Indonesia harus mengukuhkan kesalingpercayaan strategik pada tahap tinggi dan terus berdiri teguh dalam menyokong kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain.

Kedua-dua pihak hendaklah memfokuskan kepada usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan mengetengahkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung sebagai contoh kerjasama berkenaan.

Beliau menyarankan supaya dua projek ikonik iaitu Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau dan 'Dua Negara, Taman Kembar' terus dipergiatkan, selain memperluas kolaborasi melibatkan ekonomi digital, pembangunan hijau dan kebajikan rakyat.

Luhut yang juga Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, berkata pihaknya sedia aktif menggalakkan penyelarasan visi Fulkrum Maritim Global (GMF) dengan BRI dan mengendalikan operasi HSR Jakarta-Bandung dengan baik.

Tambah beliau, Indonesia berharap terus memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang maritim, perikanan dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan