99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala

(CRI)Selasa 18 Jun 2024

China memuji pendirian positif Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan hubungan kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luarnya, Lin Jian menyatakan bahawa China menanti-nantikan untuk memantapkan hubungan persahabatan sedia ada, dan meningkatkan kolaborasi dalam pelbagai bidang, serta memperdalam usaha pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

“Sejak terjalinnya hubungan diplomatik 50 tahun yang lalu, China dan Malaysia sentiasa menjadi rakan baik dan sejati yang saling percaya serta tolong-menolong meskipun situasi antarabangsa berubah-ubah,” ujar beliau dalam satu sidang media di Beijing, pada Isnin.

Untuk rekod, Anwar dalam satu temu bual baru-baru ini menyatakan tentang kewajaran bagi Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dengan China berikutan kesanggupan negara Tembok Besar untuk menerima dan mendengar sebarang cadangan serta kebimbangan dari Malaysia.

Difahamkan, ia termasuk membantu Malaysia dalam membangunkan ekonomi digital, tenaga boleh baharu (TBB) dan kecerdasan buatan (AI).

Pada masa sama, Lin turut mengulangi pendirian teguh China yang menyokong Malaysia dan negara-negara ASEAN untuk mempertahankan solidariti dan kemajuan kendiri, selain mengekalkan pemusatan ASEAN serta kerangka serantau yang inklusif.

“China akan terus berpegang kepada prinsip terbuka, kerjasama, dan saling untung, dan bersinergi dengan negara ASEAN bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat,” tambah jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan