99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Melabur di Xinjiang | Tomato Kecil Disuburkan Data Besar

Tomato keluaran Taman Pertanian Pintar Runtai. (People’s Daily Online/Ebulayi Duishan)

Taman Pertanian Pintar Runtai yang terletak di bandar Kokdala, Xinjiang, meliputi kawasan seluas 250 ekar.

Tang Yue, pengarah eksekutif Syarikat Pembangunan Teknologi Pertanian Runtai menyatakan bahawa tanaman tomato bergugus di taman tersebut semuanya ditanam tanpa tanah. Maklum beliau, pelbagai sensor dipasang di dalam rumah hijau, dan melalui teknologi pengeluaran digital, kelebihan yang dimiliki Xinjiang berkat keadaan geografinya yang istimewa dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sebagai contoh, waktu siang cerah yang panjang dan perbezaan suhu yang besar antara siang dengan malam membolehkan tumbuhan tomato menghasilkan buah yang sihat dan merah menyala dengan bentuk yang cantik, seimbang masam dan manisnya, dan sedap rasanya.

Tomato keluaran Taman Pertanian Pintar Runtai. (People’s Daily Online/Ebulayi Duishan)

“Kami dapat mengumpulkan lebih 20 juta data dalam masa nyata setiap hari dengan menggunakan teknologi penderiaan Internet benda (IoT) seperti sensor suhu, sensor kelembapan, sensor karbon dioksida dan sensor tekanan di dalam rumah hijau. Juruteknik boleh menyesuaikan parameter persekitaran menggunakan komputer menerusi analisis data.

“Jendela langit, tirai, kipas ES, penyembur bertekanan tinggi, bahan wasap sulfur dan lain-lain teknologi yang digunakan di rumah hijau beroperasi secara automatik dan menyesuaikan persekitaran rumah hijau mengikut arahan komputer.

Pekerja melalui sistem kawalan kebersihan kakitangan sebelum masuk ke taman. (People’s Daily Online/Chen Xinhui)

Pekerja melalui sistem kawalan kebersihan kakitangan sebelum masuk ke taman. (People’s Daily Online/Chen Xinhui)

Jelas Su Xiaolong, pengarah teknikal Taman Pertanian Pintar Runtai, “Ini seolah-olah rumah hijau itu mempunyai ‘otak pintar’ yang memberikan nasihat pengurusan terbaik setiap hari untuk membimbing pengurus rumah hijau dalam operasi pertanian.”

Berbanding dengan pertanian ladang tradisional, output tahunan menggunakan kaedah ini telah meningkat sebanyak lima hingga enam kali ganda. Penggunaan air pula hanya satu per dua puluh amaun biasa, menjadikannya lebih mesra alam.

Tomato keluaran Taman Pertanian Pintar Runtai. (People’s Daily Online/Chen Xinhui)

Tomato keluaran Taman Pertanian Pintar Runtai. (People’s Daily Online/Chen Xinhui)

Pada masa ini, tanaman utama yang diusahakan di Taman Pertanian Pintar Runtai ialah tomato bergugus dan ceri jenis No. 8 Rusia. Tuaian tanaman tomato bergugus boleh mencecah 16 tan per mu (unit bersamaan hampir 667 meter persegi), manakala ceri No. 8 Rusia yang ditanam tanpa tanah pula mampu membuahkan 1,500 kilogram per mu pada musim tuaian baik.

“Walaupun proses penanaman tomato dilakukan secara pintar, namun masih memerlukan tenaga manusia untuk mencantas daun tua, memusingkan buah, dan memetik. Taman ini menawarkan peluang kerja kepada hampir 300 orang penduduk kampung sekitar,” kata Tang Yue.

Pekerja mencantas daun-daun tua dan memusingkan buah tomato. Taman Pertanian Pintar Runtai menawarkan peluang kerja kepada penduduk kampung sekitar. (People’s Daily Online/Ebulayi Duishan)

Pekerja mencantas daun-daun tua dan memusingkan buah tomato. Taman Pertanian Pintar Runtai menawarkan peluang kerja kepada penduduk kampung sekitar. (People’s Daily Online/Ebulayi Duishan)

Pekerja membungkus tomato bergugus yang baru dipetik. (People’s Daily Online/Chang Sha)

Pekerja membungkus tomato bergugus yang baru dipetik. (People’s Daily Online/Chang Sha)

Kawasan pembungkusan di Taman Pertanian Pintar Runtai beriisi penuh dengan tomato bergugus yang menunggu diangkut. (People’s Daily Online/Chang Sha)

Kawasan pembungkusan di Taman Pertanian Pintar Runtai beriisi penuh dengan tomato bergugus yang menunggu diangkut. (People’s Daily Online/Chang Sha)

Video

Berita Berkaitan