99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Beijing Mahu Tambah Baik Infrastruktur untuk Pembangunan Industri Masa Depan

Seorang kanak-kanak merasai sendiri kenderaan tenaga baharu Lynk & Co di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2024, di ibu negara China, 30 April 2024. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Seorang kanak-kanak merasai sendiri kenderaan tenaga baharu Lynk & Co di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2024, di ibu negara China, 30 April 2024. (Xinhua/Zhang Chenlin)

Kerajaan tempatan Beijing pada Isnin mengeluarkan garis panduan untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan dalam usaha memupuk industri berorientasikan masa depan bandar itu.

Tahun lepas, Beijing menyenaraikan enam bidang termasuk maklumat, kesihatan, pembuatan, tenaga dan bahan, serta 20 industri seperti kecerdasan buatan am, 6G, perjalanan pintar dan maklumat kuantum ke dalam pelan promosi industri berorientasikan masa depannya.

Menurut Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Beijing, bandar itu akan menaik taraf dan membina pangkalan inkubasi baharu untuk menyediakan sokongan bernilai tinggi kepada perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan unikorn dalam bidang dan industri tersebut.

"Pangkalan seperti itu perlu dilengkapi dengan pelbagai sumber termasuk universiti dan institusi penyelidikan, serta menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perniagaan bagi membantu pihak perusahaan merekrut bakat, mentransformasi pencapaian saintifik dan teknologi, membangunkan pasaran, serta mencari pelaburan dan pembiayaan," ujar wakil biro itu.

Video

Berita Berkaitan