99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PM China Gesa Transformasi Digital Sektor Pembuatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 04 Julai 2024

Perdana Menteri China, Li Qiang, juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, diberi taklimat tentang R&D berkaitan perisian dan cip AI semasa lawatan ke syarikat AI di Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China, 2 Julai 2024.  Li membuat lawatan penyelidikan ke bandar Suzhou selama dua hari bermula Selasa. (Xinhua/Wang Ye)

Perdana Menteri China, Li Qiang menggesa usaha untuk menggalakkan transformasi digital sektor pembuatan serta mendorong perkembangan syarikat yang menggunakan teknologi khusus dan canggih bagi menghasilkan produk unik dan baharu.

Menurut beliau yang juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, langkah ini bertujuan untuk memodenkan sistem perindustrian.

Li membuat kenyataan itu semasa lawatan penyelidikan ke bandar Suzhou, provinsi Jiangsu di timur China, yang bermula pada Selasa dan berakhir pada Rabu.

Dalam rangka lawatannya, Li turut meninjau bengkel pengeluaran yang dikendalikan oleh penyedia penyelesaian automasi industri di Suzhou. Di situ, beliau telah diberi taklimat mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat berkaitan komponen robot industri dan produk lain.

Sambil menekankan perlunya pembangunan yang lebih maju, lebih pintar dan lebih hijau dalam sektor pembuatan, Li menyeru usaha bagi menggalakkan perusahaan berintegrasi ke dalam strategi nasional dan memperoleh peluang pembangunan melalui inovasi sains dan teknologi.

Semasa melawat sebuah syarikat AI, Li diberi taklimat tentang R&D berkaitan dengan perisian dan cip AI, selain turut memahami penyelesaian untuk sektor auto dan peralatan rumah, serta menggunakan teknologi model bahasa besar (LLM) secara langsung.

“Peningkatan pesat LLM telah membawa perubahan transformatif kepada kaedah R&D dan pembuatan,” katanya sambil menggesa usaha untuk memanfaatkan kelebihan saiz pasaran China, permintaan yang pelbagai dan senario aplikasi yang kaya, bagi menggalakkan integrasi mendalam AI dan ekonomi sebenar.

Li juga mempengerusikan sebuah simposium semasa lawatan itu, dan beliau turut menyatakan bahawa transformasi digital industri pembuatan adalah tugas penting untuk meningkatkan kekuatan China dalam pembuatan.

Beliau memberikan penekanan terhadap usaha memanfaatkan kuasa AI, serta kerja-kerja untuk mempercepatkan penemuan teknologi teras dan pembinaan infrastruktur digital.

“Firma ‘gergasi kecil’, iaitu elit baru dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) China yang terlibat dalam pembuatan khususnya dalam pasaran tertentu dan mempopularkan teknologi canggih, dilihat memainkan peranan penting dalam memudahkan transformasi digital sektor pembuatan, dan dalam memupuk tenaga produktif baharu yang berkualiti,” kata Li sambil memberikan galakan kepada firma ini untuk mengukuhkan inovasi dan memupuk perspektif global untuk pembangunan yang seterusnya.

Tambah beliau, pihak pentadbiran di semua peringkat harus meningkatkan sokongan dasar dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk membolehkan lebih banyak PKS dapat menonjol.

Perdana Menteri China, Li Qiang, juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, melawat bengkel pengeluaran yang dikendalikan oleh penyedia penyelesaian automasi industri, dan mengetahui tentang R&D syarikat yang berkaitan dengan komponen robot industri dan produk lain, di Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China, 2 Julai 2024. Li membuat lawatan penyelidikan ke bandar Suzhou selama dua hari bermula Selasa. (Xinhua/Wang Ye)

Video

Berita Berkaitan