- Lain-lain
China Bantah Deklarasi NATO dalam Sidang Kemuncak Washington
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China membantah sekeras-kerasnya Deklarasi NATO yang diluluskan dalam Sidang Kemuncak Washington baru-baru ini, yang didakwa membesar-besarkan ketegangan dalam situasi semasa di rantau Asia Pasifik, menyebarkan retorik suka berperang yang berbaur Perang Dingin, dan mempunyai isi kandungan prasangka, fitnah dan provokasi yang terkait dengan China.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha NATO pernah mendakwa pihaknya perlu meningkatkan interaksi dengan negara di rantau Indo Pasifik untuk menghadapi cabaran serius yang berpunca dari China dalam bidang keselamatan.
Mengenai dakwaan tersebut, Lin berkata, China mendesak NATO menjauhkan diri dari mentaliti dan konsep yang sudah ketinggalan zaman termasuk Perang Dingin, konfrontasi kem dan permainan “tolak campur" (Zero-Sum) yang bersifat sama kalah, membetulkan keinsafan yang salah terhadap China, berhenti mencampur tangan dalam urusan dalaman China, mencoret arang pada muka China dan mengganggu hubungan China-Eropah. Asia Pasifik enggan dijadikan sasaran seterusnya selepas Eropah dalam pertarungan geopolitik NATO yang sudah terbukti pasti akan membawakan pergolakan.
Menurut Lin, China sama sekali tidak berganjak dari usaha melindungi kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan milik negara sendiri dalam pembangunan, dan memberi lebih banyak kestabilan dan tenaga positif bagi keamanan dan kestabilan dunia melalui pembangunan negara sendiri dan kerjasama dengan luar.
- China Bantah Pegawai AS Bersekongkol dengan Pembelot Hong Kong
- PBB Luluskan Resolusi, Gesa AS Hentikan Sekatan terhadap Cuba
- Kebebasan Kehakiman HK Tolak Campur Tangan AS
- AS Digesa Kurangkan Rasa Cemburu terhadap Kerjasama China-Afrika
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu
- China: Hentikan Campur Tangan Menerusi Pengeksportan Senjata
- China Bantah Keras Lawatan Tsai Ing-wen ke AS
- AS Tidak Berhak Campur Tangan Urusan Tibet
- Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil