- Lain-lain
Import Eksport Kargo China Naik 6.1% Setengah Tahun Pertama
Import eksport perdagangan kargo China meningkat 6.1 peratus pada setengah tahun pertama 2024, dengan merekodkan RMB21.17 trilion (RM13.61 trilion).
Demikian ditunjukkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China pada Jumaat.
Antaranya, eksport naik 6.9 peratus dengan mencecah RMB12.13 trilion (RM7.80 trilion), sedangkan import meningkat 5.2 peratus, mencatat RMB9.04 trilion (RM5.81 trilion).
Jika dilihat dari segi rakan dagang, perdagangan China dengan ASEAN meningkat 10.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan menokok RMB3.36 trilion (RM2.16 trilion), yang merupakan15.9 peratus keseluruhan perdagangan luar negara ini.
Pada tempoh yang sama, perdagangan dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan masing-masing bernilai RMB2.29 trilion (RM1.47 trilion) dan RMB1.13 trilion (RM730 bilion), naik 2.9 peratus dan 7.6 peratus.
Selain itu, import eksport China dengan negara-negara dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan mencecah RMB10.03 trilion (RM6.45 trilion), meningkat 7.2 peratus.
- Import Eksport Shanghai dan Negara-Negara BRI Pecah Rekod
- Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar
- Eksport Kenderaan Komersial Melalui Pintu Sempadan Xinjiang Meningkat 407.6%
- Import dan Eksport Perkhidmatan China Naik 10 Peratus
- Import dan Eksport Barangan China Naik 0.2 Peratus 2023
- Import dan Eksport China Kekal Mantap
- Import Eksport China Kekalkan Pengoperasian Stabil
- Rundingan dalam Talian Mudahkan Peserta ECF
- Import Eksport antara China, Anggota RCEP Meningkat 4.5 Peratus
- Import Eksport Xinjiang Melambung