99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Jualan Runcit di China Naik 3.7 Peratus Separuh Pertama 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 Julai 2024

(foto/VCG)

(foto/VCG)

Biro Statistik China (NBS) hari ini melaporkan bahawa jualan runcit barangan pengguna China meningkat 3.7 peratus dari tahun ke tahun pada separuh pertama tahun ini, dengan jumlah jualan dicatatkan sekitar RMB23.6 trilion (kira-kira AS$3.3 trilion).

Wakil NBS, Yu Jianxun memaklumkan bahawa skala pasaran pengguna terus berkembang pada separuh pertama tahun ini adalah berikutan faktor pelaksanaan kukuh dasar yang berpihak kepada penggunaan.

Memetik NBS, pada Jun sahaja, jualan runcit menyaksikan peningkatan 2 peratus dari tahun ke tahun.

Didorong oleh promosi jualan dan model e-dagang baharu, jualan runcit dalam talian China meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun dalam tempoh enam bulan pertama, sekali gus mengekalkan pertumbuhan yang agak pantas.

Pada masa sama, jualan dalam talian bagi barangan fizikal meningkat 8.8 peratus berbanding setahun lalu, menyumbang 25.3 peratus daripada jumlah jualan runcit dalam tempoh tersebut.

Penggunaan perkhidmatan dilihat terus menonjol, dengan jualan runcit perkhidmatan berkembang 7.5 peratus daripada separuh pertama tahun lalu. Untuk rekod, angka itu adalah 4.3 mata peratusan lebih tinggi daripada barangan.

Dalam pada itu, NBS turut memberitahu bahawa industri katering memperlihatkan peningkatan hasil sebanyak 7.9 peratus, manakala jualan runcit barangan meningkat 3.2 peratus.

Menurut data yang dikeluarkan itu juga, keluaran dalam negara kasar (KDNK) China berkembang 5 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2024, dengan suku kedua mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus.

Video

Berita Berkaitan