- Lain-lain
Jawatankuasa Pusat PKC Luluskan Resolusi Bagi Perkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif
Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) meluluskan resolusi bagi memperkasakan pembaharuan secara komprehensif untuk mempromosikan modenisasi ala China, dalam sidang pleno ketiga yang diadakan di Beijing pada Isnin hingga Khamis.
Sidang pleno itu diterajui oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting, menurut pengumuman yang dikeluarkan pada Khamis.
Sidang pleno kali ini mendengar dan membincangkan laporan kerja Biro Politik yang dibuat oleh Xi mewakili Biro Politik, membahaskan dan meluluskan “Keputusan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China”.
Xi Jinping memberikan penjelasan tentang draf resolusi tersebut.