- Lain-lain
Beijing Perkenal Kad Prabayar untuk Pelancong Asing
(Foto/Beijing Daily)
Pelancong asing kini boleh menikmati satu lagi kemudahan sewaktu berada di negara Tembok Besar, kali ini dalam bentuk kad prabayar serba guna yang dipanggil BEIJING PASS.
Kad yang dilancarkan pada Rabu, akan memudahkan warga asing membuat bayaran untuk pengangkutan serta di tempat-tempat pelancongan dan pusat beli-belah.
Dengan baki maksimum 1,000 yuan atau kira-kira 645 ringgit, pas ini bukan sahaja boleh digunakan untuk subway, kereta api dan teksi di dalam Beijing, tetapi juga untuk pengangkutan awam di lebih 300 bandar seluruh China. Ini termasuk destinasi pelancongan utama seperti Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanjing.
Selain itu, pemegang pas juga boleh menggunakannya untuk membeli tiket masuk bagi 30 tarikan utama Beijing, misalnya Summer Palace, Temple of Heaven dan seksyen Badaling Tembok Besar.
Bermula pada Rabu, pelancong asing boleh membeli BEIJING PASS atau mendapatkan bayaran balik di 15 lokasi seluruh ibu kota, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing dan Stesen Kereta Api Beijing, dengan menunjukkan pengenalan diri yang sah.
Pemegang pas boleh menambah nilai kad mereka di 490 stesen yang terdapat di sepanjang 27 laluan subway Beijing, sama ada di kaunter perkhidmatan ataupun mesin layan diri yang tertentu. Mereka juga boleh menambah nilai secara atas talian menggunakan aplikasi mudah alih “SilkPass”.
Sebagai salah satu destinasi paling hangat di China, Beijing menerima kemasukan lebih 1.65 juta pelancong pada separuh pertama tahun ini, iaitu melonjak 245.6 peratus tahun ke tahun, menurut data rasmi.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Beijing Mahu Tambah Baik Infrastruktur untuk Pembangunan Industri Masa Depan
- Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-30 Dirasmikan
- 20 Juta Penumpang Guna Lapangan Terbang Daxing Tahun Ini
- Pintu Sempadan Beijing Rekod Aliran Pengembara Lepasi 5 Juta
- Peminat Harry Potter Teruja Naiki Platform 9? di Beijing
- Perpustakaan Lebih Pintar Tawar Pengetahuan Lebih Luas
- Jom Ke China | Beijing, Tempat Temu Kuno dan Moden
- Salji Turun Menghampari Beijing
- Panorama Tembok Besar Berselimut Salji
- Siri Aktiviti Waktu Malam Dilancarkan di Beijing