- Lain-lain
Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol
Kereta keluaran MG Motor iaitu MG ZS yang juga jenama pembuat kereta China SAIC Motor, mendahului jualan kereta di Sepanyol pada Julai, menurut data yang diterbitkan oleh industri automotif Sepanyol pada Khamis.
Menurut Persatuan Pengeluar Kereta Sepanyol (ANFAC), Persatuan Pengedar sektor Automotif (FACONAUTO) dan Persatuan Pengedar Kereta (GANVAM) sepanjang bulan itu, sejumlah 2,619 unit MG ZS berjaya dijual, mewakili bahagian pasaran sebanyak 8.69 peratus.
Difahamkan, model elektrik bagi kereta jenama China yang sama iaitu MG4 pula merupakan produk terlaris kedua dalam kategorinya di Sepanyol. Ia terjual sebanyak 303 unit, sekali gus mewakili bahagian pasaran sebanyak 7.92 peratus, dengan pertumbuhan jualan mencatat hampir enam peratus sejak tahun lalu.
Memetik data yang dikeluarkan tersebut, kenaikan tersebut berlaku tatkala penjualan kereta elektrik di Sepanyol menurut sebanyak 4 peratus.
Dalam sektor kenderaan yang menggunakan petrol, kereta China jenama Chery model Omoda 5 telah menjadi kereta ketujuh paling laris dalam kategorinya meskipun hanya berada di dalam pasaran Sepanyol kurang daripada setahun.
Pada Julai, pasaran kereta Sepanyol meningkat 3.4 peratus, dengan jumlah terjual sebanyak 83.979 unit, secara tidak langsung mencerminkan trend kenaikan pada beberapa bulan kebelakangan ini.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Alat Urut Gua Sha
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kereta Penyapu Tanpa Pemandu
- Temui Barangan Bergaya Buatan China|Kasut Kain Tradisional Beijing
- Pempamer China Harumkan Nama Negara di Geneva
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kuku Fesyen
- Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kerusi Bersandar
- Bateri Buatan China Jadi Buruan di Pasaran Global
- Malaysia: Syarikat Kereta China Percepat Penyetempatan
- Kenderaan China Makin Laku di Seluruh Dunia
- Kapal Persiaran Pertama Buatan China Keluar Dok
- Auto Shanghai Platform Pamer Produk dan Teknologi Baharu
- Tesla akan Buka Megafactory di Shanghai
- Kenderaan Tanpa Pemandu China Capai Pengikitirafan Tertinggi Dunia
- Majlis Penyerahan Tren Metro Buatan China Pertama di Portugal
- Bas Buatan China Digunakan di Mongolia