- Lain-lain
Dasar Bebas Visa Lonjak Kedatangan Pelancong China ke M’sia Hampir 200 Peratus
(Foto/Xinhua)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia memaklumkan kedatangan pelancong dari China dari Januari hingga Mei lalu direkodkan sebanyak 1,185,050 orang, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menterinya, Tiong King Sing dalam satu kenyataan menyifatkan lonjakan tersebut sebagai hasil daripada pelaksanaan dasar pelancongan bebas visa antara kedua-dua negara.
Beliau turut menggalakkan syarikat penerbangan agar mengembangkan ketersambungan antara Malaysia dengan pelbagai negara lain, menyediakan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengembara dari seluruh dunia, serta mewujudkan situasi menang-menang.
Untuk rekod, Malaysia melaksanakan dasar kemasukan secara bebas visa selama 30 hari buat warga China mulai 1 Disember tahun lalu, dan akan melanjutkan ia sehingga penghujung tahun 2026.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing
- China Perluas Dasar Transit Bebas Visa ke Lebih Banyak Pintu Masuk
- China akan Kecualikan Visa kepada Pengembara New Zealand, Australia dan Poland
- Pelancong Asing Naik Kapal Persiaran ke China akan Dikecualikan Visa
- Lebih 940,000 Pelancong Manfaatkan Dasar Bebas Visa di Hainan
- China Lanjut Pengecualian Visa untuk Warga Malaysia Hingga 2025
- Pelancongan China-Thailand Semakin Rancak Berkat Layanan Bebas Visa
- China Kuatkuasakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara Mulai Hari Ini
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara
- Perjanjian Pengecualian Visa China-Thailand Berkuatkuasa