- Lain-lain
China Lanjut Pengecualian Visa untuk Warga Malaysia Hingga 2025
Kementerian Luar China memaklumkan bahawa dasar bebas visa untuk lawatan jangka pendek ke China untuk 12 negara termasuk Malaysia dilanjutkan, dan akan berkuat kuasa sehingga penghujung 2025.
Jurucakapnya, Lin Jian berkata, China membuat keputusan tersebut bagi mempromosi pertukaran antara rakyat China dan warga asing dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, Malaysia, Switzerland, Ireland, Hungary, Austria, Belgium, dan Luxembourg.
Tambah beliau, kesemua warganegara tersebut yang memegang pasport biasa akan dibenarkan masuk ke China secara bebas visa selama 15 hari untuk aktiviti perniagaan, pelancongan, menziarahi saudara dan rakan, serta transit.
Lin berkata demikian dalam satu sidang media pada Selasa ketika mengulas soalan berkaitan pengumuman Presiden Xi Jinping berhubung dasar bebas visa sewaktu rangka lawatannya ke Perancis.
- Pelancongan China-Thailand Semakin Rancak Berkat Layanan Bebas Visa
- China Kuatkuasakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara Mulai Hari Ini
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara
- Perjanjian Pengecualian Visa China-Thailand Berkuatkuasa
- Dasar Bebas Visa antara China, Singapura Pacu Pelancongan
- China Kemaskini Dasar Visa Permudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
- China, Thailand Tandatangani Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala
- Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura
- NIA Umum Lima Langkah Permudah Perjalanan Pengembara Asing
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing