- Lain-lain
Durian Segar Jadi Tumpuan Pada Festival Taste of Malaysia di Beijing
Oleh: Ahmad Syukri Azmi
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad memegang durian segar dari Malaysia pada program pelancaran Taste of Malaysia 2024, di Beijing, China, pada 26 Ogos 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing)
BEIJING, 26 Ogos -- Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Penjalinan Hubungan Diplomatik Malaysia-China, Kedutaan Besar Malaysia di China menerusi Seksyen Pertaniannya telah melancarkan program Taste of Malaysia 2024, di Beijing, ibu negara China, hari ini.
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata bahawa produk durian segar dari Malaysia, yang sebelum ini hanya dibawa masuk dalam bentuk sejuk beku dan pes, telah membuat kemunculan sulung di Beijing pada program tersebut.
Beliau turut menzahirkan harapan untuk membawa masuk lebih banyak produk makanan-makanan pek dan makanan yang berasaskan asas tani ke China seperti tongkat ali, selain turut berharap agar program tersebut dapat membuka peluang lebih besar pada produk Malaysia termasuk minyak kelapa sawit.
Norman berkata demikian ketika menjawab soalan People’s Daily Online selepas merasmikan program Taste of Malaysia 2024.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa program itu menyasarkan untuk mempromosi produk-produk Malaysia di pasaran China menerusi kolaborasi dengan pasar raya tempatan.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah penting dalam usaha untuk mempamerkan produk-produk Malaysia secara terus kepada pelanggan, selain memastikan akses dan kemudahan.
Difahamkan, sepanjang berlangsungnya program Taste of Malaysia 2024 selama 10 hari, beberapa produk ikonik Malaysia, iaitu durian sejuk beku “Musang King” dan “Black Thorn”, aiskrim Durian serta Ipoh Old Town White Coffee akan diketengahkan di samping pelbagai pes masakan lain seperti Kari Ayam, Kari Laksa, dan Tomyam, serta pelbagai makanan ringan, seperti amplang (snek tradisional ikan Sabah), snek dan minuman buah-buahan yang berkhasiat.
Durian segar pertama dari Malaysia yang dijual di sebuah pasar raya di Beijing, China sempena program Taste of Malaysia 2024 pada 26 Ogos 2024. (People’s Daily Online/Wang Jing)
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Penghantaran Durian Segar Pertama Malaysia Tiba Di China
- Selamat Datang ke Yunnan, Musang King dan Black Thorn!
- China, ASEAN Tubuhkan Perikatan Inovasi Sains dan Teknologi Durian
- Industri Durian Galak Pencergasan Semula Luar Bandar di Selatan China
- Durian Segar Malaysia Kini Dibenar Eksport ke China
- Thailand Tingkatkan Eksport Durian ke China melalui Penganjuran Pesta
- Dagangan China-ASEAN Rancak, Harga Durian di China Makin Murah
- Musim Durian di Guangxi, Jualan Durian ASEAN Naik Mendadak
- Adanya Rel China-Laos, Harga Durian Lebih Murah di China