99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Adanya Rel China-Laos, Harga Durian Lebih Murah di China

Durian yang digelar sebagai raja buah, sangat disukai orang China. Namun harganya mahal di pasaran domestik. Bulan Mei sempena musim buah tropika masak, durian juga masuk ke pasaran. Harganya lebih murah tahun ini.

Pada awal bulan Mei, harga durian turun kepada 40 yuan per kilogram berbanding 100 yuan per kilogram sebelumnya. Bulan Mei hingga bulan Ogos adalah kemuncak musim mengutip dan menjual durian, jadi harganya dijangka akan terus menurun.

Durian laris di pasar buah-buahan di China. Harganya menurun kepada sekitar 40 yuan per kilogram.

Durian laris di pasar buah-buahan di China. Harganya menurun kepada sekitar 40 yuan per kilogram.

Apa yang menyebabkan penurunan drastik harga durian? Thailand, sebagai contoh, mempunyai 200 lebih spesies durian dan merupakan pengeksport durian segar terbesar di dunia. Kini sempena musim durian di Thailand, kebanyakan hasil adalah untuk dieksport ke China.

Kata pengeksport durian tempatan, sejak beroperasinya rel China-Laos, masa pengangkutan durian banyak disingkatkan. Dulu pengangkutan laut mengambil masa tujuh hari, manakala melalui jalan darat lima hari. Sejak adanya rel China-Laos, pengangkutan dari Thailand ke Kunming (China) hanya memerlukan tiga hari. Menurut laporan media Thailand, “tren durian” dari Map Ta Phut (Thailand) ke Guangzhou (China) telah membaharui rekod pengangkutan buah yang paling pantas dari antara dua negara dengan kadar kerosakan dalam pengangkutan juga banyak berkurang.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan Thailand, China merupakan pengimport 96% durian dieksport Thailand. Dijangkakan bahawa dengan keberkesanan rel China-Laos, jumlah pengeksportan durian Thailand akan mencatat rekod baharu tahun ini.

Buah-buahan import diangkut masuk sempadan melalui pelabuhan Mohan, Yunan.

Buah-buahan import diangkut masuk sempadan melalui pelabuhan Mohan, Yunan.

Selain daripada durian, buah tropika lain seperti manggis, longan dan mangga juga masuk musim menuai dan menjual. Sejak April lalu, satu larian “tren buah” dijadualkan masuk sempadan China setiap hari melalui rel China-Laos dan terus menuju ke bandar raya China seperti Kunming, Chengdu dan Guangzhou. Jumlah pengangkutan buah import melalui rel China-Laos mencecah 11,000 tan setakat awal bulan Mei.

Dengan beroperasinya tapak penyeliaan buah import di pelabuhan Mohan, Yunnan pada Disember 2022, rel China-Laos secara rasminya dilengkapi dengan keupayaan mengendalikan pengangkutan buah rentas sempadan. Dijangkakan bahawa jumlah pengangkutan buah tropika seperti durian, manggis, longan dan limau akan meningkat 50% sepanjang musim puncak tahun ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan