- Lain-lain
China Azam Mahu Lahirkan Guru Berkualiti Tinggi, Perkuat Sektor Pendidikan
Foto berkumpulan antara para pelajar dengan guru-guru selepas tamatnya peperiksaan kemasukan kolej kebangsaan di Yinchuan, Wilayah Autonomi Ningxia Hui di barat daya China pada 8 Jun 2024. (Xinhua/Wang Peng)
China telah berikrar untuk memperkuat tenaga kerja dalam bidang pendidikan dengan melahirkan lebih ramai guru yang cekap dan berkualiti tinggi, iaitu selari dengan usahanya untuk menjadi penjana dalam bidang tersebut, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.
Difahamkan, satu set garis panduan telah diterbitkan pada hari sama yang menggariskan langkah khusus, termasuk mengukuhkan integriti profesional, tingkah laku dan kemahiran guru, mengoptimumkan peruntukan sumber pendidikan, serta melindungi hak dan kepentingan guru.
Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Majlis Negara, guru akan menjadi salah satu kerjaya yang paling dihormati dan terpuji menjelang tahun 2035.
Memetik laporan Xinhua, garis panduan itu akan mempunyai toleransi sifar terhadap penyelewengan dan pelanggaran peraturan berkaitan guru, serta akan melaksanakan penguatkuasaan disiplin yang ketat dan mengenakan tindakan undang-undang bagi pesalah.
Pada masa sama, kerajaan juga akan menyokong pembinaan sekolah biasa dan latihan untuk guru luar bandar akan diperkukuh.
Selain itu, usaha untuk memastikan pembayaran gaji guru tepat pada masanya, meringankan beban kerja yang tidak penting, dan melindungi mereka daripada salah laku seperti penghinaan, fitnah dan khabar angin akan turut diperkasakan.
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Semakin Erat Berkat Program "Lambaian Seribu Sekolah"
- China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'
- Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi
- Program STEM China Antara Terbaik di Dunia
- Taburan Pelajar China di Luar Negara Semakin Pelbagai
- Sekolah Malam Cuit Hati Generasi Muda China
- “Kursus Cinta” Jadi Elektif Universiti, Bukan Ajar Cari Kekasih
- Pemansuhan Sistem GPA Terima Pelbagai Maklum Balas
- Forum Presiden Universiti 2023 Diadakan dengan Jaya di Shenyang