- Lain-lain
Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
Baru-baru ini, pelancaran permainan video “Black Myth: Wukong” telah membangkitkan keterujaan para peminat hikayat China “Pengembaraan ke Barat” (Journey to the West) serta peminat bangunan purba.
Bangunan purba di provinsi Shanxi, yang paling banyak direplikakan dalam permainan video itu turut menjadi fokus.
Menurut Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Shanxi, 27 daripada 36 lokasi penggambaran permainan video itu berada di provinsi Shanxi.
Jom lihat keajaiban yang tersembunyi dalam bangunan purba di provinsi Shanxi!
Groto Yungang
Groto Yungang merupakan salah satu groto terbesar, yang terkenal dengan ukiran batu tersergam dan beraneka.
Kuil Xuankong (Tergantung)
Dibina pada 1,500 tahun yang lalu di tebing menegak di Gunung Hengshan, Kuil Xuankong terkenal dengan binaan yang kelihatan seperti tergantung di udara.
Kuil Huayan
Kuil Huayan merupakan salah satu kuil Dinasti Liao dan Jin yang paling terpelihara di China dan mendapat gelaran “Muzium Seni Dinasti Liao dan Jin”.
Pagoda Kuil Fogong
Dibina pada Dinasti Liao, Pagoda Kuil Fogong yang tingginya 67.31 meter adalah bangunan paling lama dan paling tinggi yang dibina sepenuhnya daripada kayu. Ia kekal tersergam kukuh biarpun berkali-kali dibadai gempa bumi dahsyat dan peperangan dalam 900 tahun yang lalu.
Kuil Chongfu
Dibina pada Dinasti Tang, Kuil Chongfu terkenal dengan hiasan dalaman yang cantik dan mewah termasuk tingkap berukir, mural, arca dan sebagainya.
Kuil Foguang
Dibina pada 1,500 tahun yang lalu, Kuil Foguang terkenal dengan Dewan Timurnya, yang diberikan gelaran “Khazanah Seni Bina Purba China No.1” oleh Liang Sicheng, arkitek terkemuka China.
Kuil Nanchan
Kuil Nanchan merupakan bangunan kayu Dinasti Tang yang paling lama dan masih terpelihara hingga kini. Ia terkenal dengan arca berwarna di dalamnya, yang mengekalkan sepenuhnya keunikan dan keindahan arca Dinasti Tang.
Kuil Nanshan
Terletak di Gunung Wutaishan, Kuil Nanshan dibina pada Dinasti Liang (502-557 Masihi) dan terkenal dengan ukiran yang beraneka corak yang merangkumi ukiran bata, batu dan kayu.
Dewan Guanyin
Dewan Guanyin dibina pada Dinasti Ming dan terkenal dengan arca cantik merah menyala dan menggabungkan unsur tiga ajaran (Buddha, Konfusianisme, dan Taoisme).
Kuil Chongqing
Kuil Chongqing dibina pada Dinasti Song. Ia terkenal dengan arca Buddha di dalamnya yang dianggap oleh dunia seni sebagai mahakarya antara arca Dinasti Song.
Kuil Guangsheng
Dibina pada Dinasti Han, Kuil Guangsheng terkenal dengan Pagoda Feihong yang dibuat daripada batu penyepuh yang berbagai warna serta koleksi kitab Buddha dan mural di dalamnya.
Xiaoxitian
Xiaoxitian dibina pada Dinasti Ming juga terkenal sebagai “Kuil Ribuan Buddha (千佛庵)” kerana terletaknya ribuan arca tanah liat di dalamnya.
Kuil Yuhuang
Di dalam Kuil Yuhuang, terletak arca tiga dinasti, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming yang jumlahnya lebih 300.
Kuil Tiefo
Kuil Tiefo dibina pada Dinasti Ming dan Qing, terkenal dengan 27 arca Buddha dengan postur dan riak yang luar biasa, yang dianggap paling cemerlang antara arca Dinasti Ming.
Menurut statistik, provinsi Shanxi mempunyai 28,027 bangunan purba, iaitu 10% daripada jumlah di China.
Provinsi Shanxi sendiri boleh menjadi satu muzium dengan begitu banyak bangunan purba, arca kuno dan mural lama.
Anda pasti takkan kecewa datang ke Shanxi!
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bercuti Sambil Jaga Kesihatan di Jincheng
- Shanxi, Pelopor Batu Arang "Hijau" Utara China
- Elak Bahang Musim Panas di dalam Gua Ais Shanxi
- Tasik Garam Berwarna-warni Yuncheng: "Laut Mati China"
- Aktiviti Jejak Salasilah Keturunan Hongdong Dilancarkan
- Aksi Lagak Ngeri Dipersembahkan pada Ketinggian 157 Meter di Shanxi
- Burung Flamingo Singgah di Tasik Yanhu, Shanxi
- Jalan Berliku-liku di Gunung Taihang