- Lain-lain
Pengguna Internet di China Kini Menghampiri 1.1 Bilion
Pusat Maklumat Jaringan Internet China (CNNIC) hari ini memaklumkan bahawa jumlah warganet di China kini telah mencecah hampir 1.1 bilion setakat Jun tahun ini, sekali gus menyaksikan peningkatan 7.42 juta berbanding setakat penghujung 2023, lapor agensi berita Xinhua.
Memetik laporan CNNIC semasa berlangsungnya Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China di Guiyang, Provinsi Guizhou, capaian internet di China telah mencapai 78 peratus pada akhir Jun lalu.
Difahamkan, industri internet di China masih mengekalkan momentum pembangunan yang baik untuk tempoh separuh pertama tahun 2024. Dengan penambahan jumlah pengguna internet, pembangunan pantas ekonomi digital China secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada lebih ramai individu.
Untuk rekod, pertumbuhan penggunaan digital juga membantu mendorong permintaan domestik dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
Menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Kebangsaan, jualan runcit dalam talian di China sepanjang enam bulan pertama 2024 melonjak 9.8 peratus dari tahun ke tahun, iaitu hampir RMB7.1 trilion (sekitar RM4.3 trilion).
Ketika ini, lebih daripada lima juta pelawat masuk menggunakan pembayaran mudah alih di China pada separuh pertama tahun ini, menandakan peningkatan 400 peratus daripada setahun sebelumnya.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah