- Lain-lain
“Pakar Kecantikan” Gunung Huangshan Kongsi Pengalaman
Li Peisheng dan Hu Xiaochun, pekerja kawasan peranginan Gunung Huangshan, pernah dianugerah “Good Samaritans of China”.
Kedua-duanya menjadi duta dan berkongsi cerita masing-masing tentang Gunung Huangshan pada satu taklimat promosi pelancongan yang diadakan di People’s Daily pada 23 Ogos lalu.
Memakai helmet, membawa beg sampah, menuruni tebing curam dengan digantung atas tali dan mengumpul sampah, kesemua kerja tersebut merupakan tanggungjawab yang dipikul Li Peisheng setiap hari sebagai pekerja pembersihan akses tali di Gunung Huangshan.
Sepanjang kerjayanya selama 25 tahun, Li sudah menempuh 1,800 kilometer secara jumlahnya, iaitu bersamaan mendaki Gunung Everest sebanyak 200 kali.
Bangga dengan pekerjaannya, Li menyatakan bahawa setiap kali turun dan naiknya adalah untuk menjadikan Gunung Huangshan lebih bersih dan indah, serta memberikan pengalaman lebih baik buat pelancong.
Li Peisheng menuruni cenuram. (People’s Daily Online/Li Jun)
Li Peisheng melemparkan tali ke bawah cenuram. (People’s Daily Online/Li Jun)
Hu Xiaochun pula ditugaskan untuk menjaga satu spesies pokok yang hanya endemik di Gunung Huangshan, iaitu Huangshan pain, iaitu salah satu simbol bagi gunung Huangshan. Hu bertanggungjawab untuk merekodkan segala maklumat dan data tentang pertumbuhan pokok pain di Gunung Huangshan bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan.
Selama 14 tahun, Hu telah mencatatkan lebih 1.4 juta perkataan. Bagi Hu, pokok pain adalah ibarat keluarganya. Kadangkala, Hu mengambil inisiatif untuk menjadi pembantu pelancong dan berkongsi ceritanya dengan pokok pain.
Hu Xiaochun memeriksa daun pain. (People’s Daily Online/Li Jun)
Hu Xiaochun memeriksa batang penyokong. (People’s Daily Online/Li Jun)
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah