99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hubungan China-Afrika Dinaiktaraf ke Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa

(CRI)Khamis 05 September 2024

"Saya usul bahawa hubungan bilateral China dengan setiap negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan negara ini dinaiktaraf ke satu tahap yang strategik, iaitu Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa untuk Era Baharu."

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Sidang Kemuncak bagi Forum Kerjasama China-Afrika di Dewan Besar Rakyat di sini pagi tadi.

Menurut Xi, China dan Afrika yang bersama memperjuangkan matlamat modenisasi dipercayai akan mencetuskan fenomena yang makmur di "Selatan Global" sepanjang proses pembangunan yang berorientasikan modenisasi, dan membuka satu lembaran baharu dalam usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan. Sehubung itu, kedua-dua pihak disarankan mendorong modenisasi yang adil dan rasional, terbuka dan sama menang, berpaksikan rakyat, inklusif, berdasarkan masyarakat majmuk, mesra alam, serta damai dan aman.

"Sekiranya China dan Afrika yang mempunyai satu pertiga populasi di dunia tercicir, tidak mustahil modenisasi dunia dapat direalisasikan. Dengan itu, China bersedia bersama Afrika menggariskan sepuluh perkara yang patut dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, iaitu saling belajar dari tamadun masing-masing, meningkatkan kemakmuran perdagangan, serta yang melibatkan kolaborasi rantaian perindustrian, kesalinghubungan, pembangunan dan kerjasama, kesihatan, penggalakan pertanian mesra rakyat, pertukaran sosiobudaya, pembangunan hijau dan keamanan bersama," kata Xi.

"Mana-mana negara pun tidak boleh ketinggalan dalam proses modenisasi. Biarkan kita berganding bahu memperjuangkan matlamat modenisasi China-Afrika yang dipercayai kondusif dalam senario 'Selatan Global', dan mendorong dunia ini berkembang ke arah yang damai, aman, makmur dan maju," ujar beliau lagi.

Video

Berita Berkaitan