99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Peti Sejuk Buatan China Kurangkan Jejak Karbon

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 September 2024

Foto memperlihatkan barisan pembuatan peti sejuk Haier, gergasi kelengkapan rumah China.

Foto memperlihatkan barisan pembuatan peti sejuk Haier, gergasi kelengkapan rumah China.

Satu jenama peti sejuk pintar buatan China baru-baru ini menerima sijil jejak karbon dalam talian dari Pusat Pensijilan Kualiti China, iaitu sijil yang pertama seumpanya dikeluarkan oleh pusat itu.

Peti sejuk yang dihasilkan oleh Syarikat Qingdao Haier Refrigeration Appliance, iaitu anak syarikat Haier, gergasi perkakasan rumah itu mampu menyelaraskan penggunaan tenaga secara automatik berdasarkan jumlah bahan makanan di dalamnya.

Dengan sijil yang diberikan, ia akan menjejaki pelepasan karbon oleh peti sejuk itu dalam pelbagai peringkat, termasuk sumber bahan mentah, pengeluaran, pengedaran, penggunaan dan pelupusan.

Bahan penyejuk adalah bahan mentah penting bagi sesebuah peti sejuk. Pada sebelum ini, freon jenis biasa telah digunakan sebagai penyejuk, dan sejurus dilepaskan ke atmosfera ia akan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

"Kami memfokuskan kepada alternatif rendah karbon untuk bahan penebat dalam peralatan penyejukan, dan bekerjasama dengan pembekal untuk mempromosikan penggunaan penyejuk mesra alam dan teknologi baharu lain bagi mengurangkan pelepasan fluorin.

Foto memperlihatkan barisan pembuatan peti sejuk Haier, gergasi kelengkapan rumah China.

Foto memperlihatkan barisan pembuatan peti sejuk Haier, gergasi kelengkapan rumah China.

Menurutnya, peti sejuk bebas beribun mengutamakan penggunaan bahan boleh diperbaharui, kitar semula dan mesra alam dengan kesan alam sekitar yang minimum, serta melangkaui piawaian kebangsaan China dengan kadar boleh kitar semula sebanyak lebih 90 peratus.

Pada fasa pengagihan, syarikat itu berjaya mengurangkan pelepasan karbon secara lebih cekap disepanjang proses pergudangan, pengangkutan dan penghantaran dengan mengadaptasi teknologi baharu seperti pergudangan pintar, logistik pintar dan pembungkusan mesra alam.

Untuk makluman, lebih 80 peratus pelepasan karbon keseluruhan bagi peti sejuk adalah daripada fasa pengoperasian.

Justeru, bagi mengurang pelepasan karbon dikurangkan pada fasa tersebut, peti sejuk pintar dilengkapi dengan pelbagai penderia pelbagai dimensi yang mampu mengesan perubahan dalam keadaan dalaman dan luaran. Seterusnya, data yang dikumpul oleh penderia itu akan mengurangkan penggunaan tenaga melalui algoritma pintar.

"Kami telah mengumpul data pembuatan peti sejuk dalam tempoh 40 tahun yang lalu dan membina pangkalan data yang besar dan model penjimatan tenaga.

“Dengan menggunakan kombinasi parameter berbeza berdasarkan beban peti sejuk, kami secara dinamik memadankan keadaan penyejukan yang paling sesuai, yang menjimatkan sekitar 15 peratus tenaga berbanding peti sejuk mod tunggal," kata Chen Jianquan, seorang eksekutif dengan syarikat itu.

Foto menunjukkan petugas yang bertanggunjawab  untuk mengumpulkan peti sejuk terpakai di China.

Foto menunjukkan petugas yang bertanggunjawab untuk mengumpulkan peti sejuk terpakai di China.

Difahamkan, jangka hayat perkhidmatan peti sejuk kebiasaannya berlegar sekitar 10 hingga 15 tahun.

Apabila peti sejuk mencapai penghujung kitaran hayatnya, pengguna boleh menyerahkan permintaan kitar semula atau tukar beli melalui saluran yang berbeza, seperti applikasi rasmi dalam telefon pintar atau program mini, dan petugas perkhidmatan akan mengambil peti sejuk lama hanya dalam tempoh 48 jam sahaja.

Pengurus besar bahagian kitar semula peralatan rumah syarikat itu, Li Xiuqing berkata bahan-bahan mentah yang diuraikan akan memasuki semula kitaran industri dalam bentuk baharu.

Sebagai contoh, plastik yang telah melalui pelbagai proses seperti pembersihan dan pengisihan itu akan mencapai tahap ketulenan sehingga 99.9 peratus, sekali gus memberikan nilai penggunaan tinggi dalam pelbagai sektor termasuk peralatan perumahan, automobil, dan bahan kimia gunaan harian.

Menurut statistik, peti sejuk lama dengan isipadu sekitar 220 liter boleh menghasilkan kira-kira sembilan kilogram plastik, 38.6 kilogram besi, 0.6 kilogram aluminium, dan 1.4 kilogram tembaga selepas proses penguraian.

Untuk rekod, mengitar semula 10,000 peti sejuk boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 65 tan.

Video

Berita Berkaitan