99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Industri Tenusu Sumbang kepada Usaha Neutral Karbon

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 Januari 2024

Seorang pekerja bekerja di pangkalan pengeluaran susu Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. di Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, 11 Februari 2020. (Foto oleh Li Zhipeng/Xinhua)

Seorang pekerja bekerja di pangkalan pengeluaran susu Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. di Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, 11 Februari 2020. (Foto oleh Li Zhipeng/Xinhua)

Hari-hari biasa dalam kehidupan rendah karbon di Hohhot, kawasan yang terkenal dengan jolokan selaku ibu kota penghasilan tenusu China di Wilayah Autonomi Mongolia secara tipikalnya bermula dengan sekotak susu ‘neutral karbon’.

Kini, konsep ‘sifar-karbon’ sudah mempengaruhi setiap aspek di China. Daripada perkahwinan dan perjalanan sifar karbon kepada makanan sifar karbon, trend hijau ini semakin popular di seluruh negara.

Ladang kebijaksanaan ekologi Chilechuan yang terletak di pinggir barat Hohhot, ialah salah satu kilang pengeluaran Kumpulan Yili, sebuah syarikat tenusu domestik terkemuka.

Sumber susu ini, yang memiliki 12,000 ekor lembu, mempunyai kapasiti pengeluaran harian sebanyak 180 tan susu segar.

Penternakan adalah pemancar karbon yang besar. Data menunjukkan bahawa seekor lembu boleh mengeluarkan sehingga 500 liter metana setiap hari, dan kesan rumah hijau metana adalah berpuluh-puluh atau ratusan kali ganda karbon dioksida. Sudah menjadi cabaran umum bagi syarikat tenusu utama di seluruh dunia untuk berusaha mencapai neutraliti karbon dalam penternakan.

Menurut Pengarah pengurusan pembangunan rendah karbon Kumpulan Yili, Meng Yi, pihaknya mula menjalankan inventori karbon bagi rantaian industri pada lebih sedekad yang lalu.

“Dari perspektif jejak karbon bagi keseluruhan kitaran hayat produk, pelepasan karbon dalam proses pengeluaran bahagian hadapan seperti padang rumput hulu menyumbang 80 hingga 90 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya.

Justeru, Meng berkata bahawa Yili telah melaksanakan inisiatif seperti membina padang rumput hijau rendah karbon, mempercekap penternakan tenusu, dan mewujudkan platform pengurangan karbon kerjasama dalam rantaian perindustrian untuk menggalakkan pengurangan pelepasan karbon bahagian hadapan.

Usaha untuk ‘meneutralkan karbon’ seekor lembu adalah cabaran yang telah diatasi oleh ladang kebijaksanaan ekologi Chilechuan melalui pelbagai kaedah.

Antaranya termasuk melaraskan struktur pemakanan lembu, memberikan probiotik, dan juga menggunakan pemeriksaan genetik untuk membiak ‘lembu rendah karbon’ dalam usaha mengurangkan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh sendawa dan kentut lembu.

Selain itu, ladang itu telah melaksanakan sistem operasi hijau dan rendah karbon, termasuk pemasangan panel fotovolta untuk penjanaan kuasa hijau, penukaran najis lembu kepada biogas untuk penjanaan kuasa, dan penggunaan baja cecair di ladang atau sebagai ‘tilam’ untuk lembu.

Jelas Meng, ‘sifar karbon’ bukan bermaksud tiada pelepasan karbon dioksida dalam proses pengeluaran, tetapi meminimumkan pelepasan karbon melalui pelbagai cara, dan mengimbangi pelepasan karbon yang tidak dapat dielakkan itu dengan cara lain, misalnya melaksanakan projek penyerapan karbon seperti penanaman tumbuh-tumbuhan semula jadi.

"Kami juga telah mengguna pakai model pengurangan karbon bersepadu, iaitu menanam rumput ternakan terpilih di sekeliling padang rumput yang bukan sahaja boleh membaiki keadaan karbon, tetapi juga mengurangkan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh penapaian dalam usus lembu.

"Pada masa sama, kami juga menukar baja lembu kepada makanan ternakan semula jadi, supaya penanaman dan akuakultur dapat memberi makan antara satu sama lain, meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan karbon," ujarnya lagi

Menjelang akhir tahun 2023, model penanaman dan pembiakan bersepadu pengurangan karbon Yili meliputi lebih daripada 300 ladang koperasi.

"Yili kini mempunyai lima produk di pasaran yang dianggap 'sifar karbon.' Sebagai contoh, karton susu di tangan saya ini boleh meneutralkan kira-kira 7.7 kilogram pelepasan karbon, bersamaan dengan jumlah karbon yang diserap oleh pokok dalam satu tahun," kata Meng sambil memperlihatkan produk mereka di sebuah bengkel.

Li Jie, seorang penduduk tempatan yang membeli-belah di kawasan perindustrian lembah kesihatan Yili, jelas memaparkan kekagumannya terhadap pelbagai jenis susu tepung sifar karbon, yogurt dan produk tenusu lain di rak.

"Saya tidak pernah terfikir konsep 'karbon sifar' boleh jadi begitu relevan dengan kehidupan harian kita. Dengan membeli dan menggunakan produk ini, kita sebenarnya boleh menyumbang kepada perlindungan alam sekitar rendah karbon, dan saya lebih daripada sudi untuk menanggung kosnya," ujar Li.

Sementara itu, Meng turut berkata bahawa pengguna adalah penerima manfaat dan penyumbang kepada neutraliti karbon.

Yili telah menganjurkan agar pengguna mengamalkan klasifikasi pembungkusan dan kitar semula. Kumpulan itu juga telah melancarkan aktiviti perlindungan alam sekitar seperti pembungkusan sifar-aluminium dan pembungkusan sifar dakwat.

Yili juga menggalakkan pengguna mengitar semula dan menukar kotak kosong susu, menjadi pendahulu arah aliran penggunaan rendah karbon. Syarikat itu telah berikrar untuk mencapai neutraliti karbon dalam keseluruhan rantaian industrinya menjelang 2050.

Video

Berita Berkaitan