99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Bertemu Blinken

(CRI)Sabtu 28 September 2024
Wang Yi Bertemu Blinken

Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung di New York pada Jumaat.

Wang berkata AS tidak boleh sentiasa memperlakukan China dengan 'dua muka' iaitu membendung dan menindas China dengan sewenang-wenangnya di samping menjalankan dialog dan kerjasama.

China membantah keras tindakan AS membuli China dalam bidang ekonomi, perdagangan dan teknologi.

Wang turut membentangkan pendirian China mengenai isu Laut China Selatan iaitu komited menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara berkepentingan menerusi perundingan.

AS digesa jangan membuat kacau-bilau di Laut China Selatan atau menjejaskan usaha negara serantau dalam memelihara kedamaian dan kestabilan perairan berkenaan.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak sependapat bahawa China dan AS perlu mencari jalan ke arah hidup bersama secara damai buat jangka panjang.

China dan AS komited terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di San Francisco, menjalankan dialog dan kerjasama sambil mengendalikan percanggahan pendapat dengan baik bagi memastikan hubungan bilateral berkembang secara stabil, sihat dan berterusan.

Video

Berita Berkaitan