- Lain-lain
China Komited Manfaatkan "Diplomasi Sukan" untuk Keamanan dan Kemakmuran Asia
Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) ke-3 dirasmikan di Doha, Qatar pada Khamis.
Sidang yang bertemakan "Diplomasi Sukan" ini dipengerusikan oleh Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Ketua Delegasi China yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat, Zhu Yongxin dalam ucapannya berkata, ketika situasi antarabangsa dan serantau mengalami perubahan yang drastik pada masa ini, pelbagai pihak perlu meningkatkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperhebat momentum pembangunan, dan menggalakkan pertukaran untuk saling mengenali hati budi supaya dapat berganding bahu mencetuskan fenomena yang aman, tenteram, makmur, indah dan hidup bersama secara muhibah di Asia, yang dilihat sejajar dengan pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia.
Beliau menambah, China bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai negara terbabit untuk memanfaatkan peranan "diplomasi sukan", mengukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk mendorong proses pemodenan di Asia, dan bersama-sama meneroka masa depan serantau yang lebih baik.
- Wang Yi Bentang Prinsip China Selesai Isu Panas
- Lebih 80% Netizen Asing Puji Dasar Luar China
- Wang Yi Huraikan Diplomasi Kejiranan China yang Muhibah, Ikhlas, Sama Untung dan Inklusif
- China Gariskan Hala Tuju untuk Diplomasi Masa Kelak
- Mesyuarat Pusat Gariskan Kerja Hal Ehwal Luar
- China Komited Perkasa Kerjasama dan Persahabatan dengan Negara Jiran
- Xi Pengerusikan Mesyuarat mengenai Pembangunan Berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kepimpinan PKC terhadap Ehwal Luar
- China Sentiasa Pembekal Peluang bagi Dunia