- Lain-lain
Kestabilan dan Kemajuan Boleh Disaksikan dalam Operasi Ekonomi China
Melihat dari segi makro, kestabilan dan kemajuan tetap boleh disaksikan dalam operasi ekonomi China di sebalik situasi yang penuh dengan kerumitan dan kerancuan baik di dalam negeri mahupun di persada dunia. Sementara itu, 'kuasa produktif kualiti baharu' terbentuk dalam proses yang semakin cepat, sedangkan pelaksanaan skim pembangunan berkualiti tinggi juga dapat diperrincikan.
Demikian dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara pada hari ini.
Menurut beliau, kemantapan juga boleh disaksikan dalam pengeluaran pertanian tahun ini yang menjanjikan tuaian bijirin yang melimpah, manakala perindustrian berkembang dengan cepat.
Dalam bidang permintaan pasaran, pelaburan dan penggunaan terus bertambah, antaranya pelaburan dalam sektor pembuatan meningkat 9.1%.
Zheng menyatakan bahawa pihaknya penuh kayakinan untuk mencapai sasaran dalam menjalankan tugas sepanjang tahun ini dan memastikan perkembangan ekonomi kekal berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.
- Ekonomi China Teruskan Momentum Pemulihan
- Ekonomi China bagi Bulan Mei Kekal Baik
- Goldman Sachs, Citigroup Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- Pakar Ekonomi: Momentum Pertumbuhan Ekonomi China Kekal Selaras dengan Keperluan Pembangunan
- Lihat secara Objektif Masalah Struktur Ekonomi China
- Ekonomi China Semakin Pulih
- Operasi Perniagaan China Semakin Pulih
- Barangan Buatan China Laris di Dunia
- Data Platform Tiket Tunjuk Pertumbuhan Pesat Pasaran Seni Persembahan
- Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat