99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Barangan Buatan China Laris di Dunia

(CRI)Khamis 04 Mei 2023

Kastam China dalam statistik terbaharunya memaklumkan bahawa ekonomi China menunjukkan momentum pertumbuhan yang kuat pada suku pertama 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, jumlah import dan eksport perdagangan luar China mencecah RMB9.89 trilion (RM6.37 trilion), iaitu menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 4.8 peratus.

Antaranya, negara-negara ASEAN kekal sebagai rakan dagangan terbesar China, dengan jumlah import dan eksport ke ASEAN mencecah RMB1.56 trilion, iaitu menyumbang 15.8 peratus daripada jumlah perdagangan luar China.

Dalam tempoh sama, import dan eksport antara China dan negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjumlah RMB3.43 trilion, menokok 16.8 peratus dari tahun ke tahun.

Manakala jumlah import dan eksport China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencecah RMB3.08 trilion, meningkat 7.3 peratus.

Loji modular LNG bersepadu pertama di dunia kelihatan berlepas ke Kanada dari Qingdao, provinsi Shandong.

Loji modular LNG bersepadu pertama di dunia kelihatan berlepas ke Kanada dari Qingdao, provinsi Shandong.

Kapal tangki ulang-alik DP terbesar di dunia "NS Pioneer" yang direka dan dibina oleh China telah diserahkan secara rasmi di Dalian, China.

Pada Februari 2023, loji janakuasa nuklear generasi ketiga China, Hualong One siap dan diserahkan kepada pihak Pakistan.

Pada Februari 2023, loji janakuasa nuklear generasi ketiga China, Hualong One siap dan diserahkan kepada pihak Pakistan.

Pada 20 Januari 2023, jentera keseimbangan bumi tekanan perisai "China Railway No. 1207" yang dibangunkan oleh China Railway Equipment melepasi penerimaan pelanggan dan dihantar ke tapak pembinaan Sao Paulo Metro Line 2 di Brazil. Ini adalah mesin buatan China Railway Equipment pertama yang berjaya dieksport ke pasaran Amerika Selatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan