- Lain-lain
Xinjiang, Dari Sudut Pandang Tiga Orang Muda
Zulihumar, pemudi kelahiran Turpan yang merekodkan kehidupan di luar bandar; Abduweli, pengendali akaun “I’m from Xinjiang”; Omarjan, pencipta kandungan media sendiri; tiga daripada berbilang peserta yang mengambil bahagian dalam acara media "Ten Thousand People Speak of Xinjiang". Mari bersama-sama selami minda tiga orang muda ini dan melihat wajah sebenar Xinjiang, yang bagi mereka bukan sekadar kampung halaman.
Zulihumar: Xinjiang tempat impian menjadi kenyataan
Zulihumar yang berasal dari Turpan, juga dikenali ramai sebagai “Gulixian” di platform perkongian video pendek. Mengulas tentang struktur binaan kediaman bertingkat-tingkat di Kashgar, katanya ramai yang tahu adanya kompleks itu, namun tidak ramai yang faham akan erti kewujudannya.
Di Turpan, ada sebuah kampung purba Uygur berusia seribu tahun yang bernama kampung Mazha. Jelas Zulihumar, kampung itu mengekalkan cara hidup Uygur asli, terutamanya bangunan kediaman tradisional yang dibina terus atas tanah, yang dikenali sebagai “fosil hidup adat resam penduduk”. Dia amat mengesyorkan supaya semua orang datang melawat dan meneroka tempat itu.
(kiri) Video tentang kunjungan ke Taman Industri Sains dan Teknologi Pertanian Moden Khorgos (kanan) Akaun video Zulihumar (Tangkap layar oleh People’s Daily Online)
Pada pandangannya, Xinjiang bukan sekadar kampung halaman, tetapi juga tempat untuk impian menjadi kenyataan.
“Dulu, orang muda melihat Beijing, Shanghai dan Guangzhou sebagai pilihan pertama untuk mencapai impian. Saya juga pernah terikut-ikut ke utara selama tiga tahun,” ujarnya.
“Sekarang, keadaan dah berbeza. Xinjiang sudah ada Internet, logistik dan bermacam-macam infrastruktur lain, jadi di sini pun boleh mengejar kemakmuran.
Abduweli: Tak patut begitu mudah label Xinjiang yang pluralistik
Selepas bertahun-tahun bekerja di seberang laut, Abduweli memilih untuk bertapak di Xinjiang selaku ketua pengarang “I’m from Xinjiang”, mengetuai ratusan orang muda yang berfikiran serupa untuk memfokuskan usaha kepada penggalakan interaksi antara Xinjiang dengan tempat-tempat lain.
Abduweli mengambil bahagian dalam acara media "Ten Thousand People Speak of Xinjiang". Foto ihsan responden
Dia merasakan, Xinjiang sering kali dilabel dengan bermacam-macam label yang mudah dan berat sebelah. Label ini umpama piksel yang menggariskan satu imej Xinjiang dengan resolusi rendah, menjadikan sukar untuk orang mengenali wajah sebenar wilayah ini. Masa berlalu, pemahaman orang terhadap Xinjiang menjadi serong, dan mereka tidak lagi dapat melihatnya dengan pemahaman yang komprehensif dan objektif.
Katanya, Xinjiang sudah pun sebuah wilayah yang mempunyai warisan yang sangat ‘bertaraf antarabangsa’. Ia mengalu-alukan sahabat dari seluruh dunia dengan minda yang luas, dan menerapkan pencapaian tamadun-tamadun sedunia dengan sikap yang inklusif. Meskipun begitu, ada media dan politikus Barat yang mendakwa sebaliknya.
Bagaimana hendak membetulkan kembali naratif tentang Xinjiang? Abduweli menyatakan, pertama sekali, Xinjiang mengalu-alukan orang luar datang sendiri untuk melihat keadaan di sini. Melihat sendiri itu cara terbaik untuk memahami hakikat.
"Yang perlu kita lakukan sendiri ialah berkongsi cerita-cerita sebenar, supaya lenyaplah maklumat-maklumat palsu," kata Abduweli.
Maka, dia sedang bersungguh-sungguh memupuk sekumpulan orang muda yang sedia berbuat demikian. Dia telah mengasaskan sebuah studio inkubator untuk pempengaruh Internet, menarik mereka yang mempunyai warisan sejarah dan kemahiran komunikasi yang baik, menyediakan satu pentas untuk mereka menyerlahkan diri dan menyampaikan cerita-cerita tentang Xinjiang.
Omarjan: Jangan sangka Xinjiang ketinggalan
Bagi Omarjan, graduan berumur 22 tahun dari Universiti Xinjiang, tanah ini tempat tinggalnya dan juga suatu khazanah budaya.
"Kita telah menghimpun kebijaksanaan dan budaya etnik-entik minoriti di sini, melahirkan satu gaya etnik yang tersendiri. Muzik, tarian, kraf tangan... kebanyakannya adalah warisan budaya tak ketara. Selain dilindungi dan diwariskan, khazanah ini juga perlu dilihat oleh lebih ramai orang," katanya.
Di Kurdenin, Omarjan terpegun melihat kecantikan gunung-ganang yang puncaknya diselaputi salji dan menjadikannya ilham untuk satu video pendek. Foto oleh Zeng Zhurou, wartawan People's Daily Online
Dia percaya, salah faham paling besar mengenai Xinjiang oleh dunia luar ialah tempat ini ketinggalan. Ramai yang membayangkan gurun, padang rumput dan kota purba apabila mendengar nama Xinjiang, namun banyak lagi yang ada di sini. Selain pemandangan yang mempersonakan, Xinjiang juga memiliki bahagian yang berteknologi tinggi, maju dan progresif.
"Saya harap Xinjiang akan lebih gemilang pada masa depan, dan menarik pelancong dan pelabur dari merata dunia untuk datang melihat keindahannya, merasai semangatnya erta meneroka potensi pembangunannya."
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Delegasi Pusat Tinjau di Bandar Baiyang dan Alaer
- Xinjiang Jadi Tempat Pelancongan Hangat bagi Pengembara Asing
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Galas Amanah Rintis Pembangunan Kawasan Sempadan
- Malam Gala Raikan Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang
- Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang: Teruskan Perjuangan demi Modenisasi Ala China
- Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
- Jom Ke China | Kashgar, Pintu yang Menghubungkan Dunia Timur Dan Barat
- Pupuk Lebih Banyak Kader Berkaliber untuk Xinjiang - Xi
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi