99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 30 Ogos 2024
Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
Pasukan perkhidmatan anggota Parti Komunis China (PKC) dari Syarikat Bekalan Kuasa Grid Negara, memeriksa peralatan elektrik disebuah syarikat di Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China. (Foto China Daily)

Baru-baru ini, pasukan perkhidmatan anggota Parti Komunis China (PKC) dari Syarikat Bekalan Kuasa Grid Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, datang ke Syarikat Makanan Mengniu Tianxue Xinjiang untuk memeriksa beberapa tempat termasuk peralatan elektrik di bengkel dan bilik pengedaran.

Diiringi oleh juruelektrik syarikat, pasukan perkhidmatan meninjau untuk mengenal pasti bahaya keselamatan, selain memastikan penggunaan elektrik dan pengeluaran yang selamat oleh syarikat semasa kemuncak musim panas.

“Sejak Ogos, terdapat banyak pesanan untuk produk tenusu dan ais krim, dan kami telah meningkatkan usaha pengeluaran kami. Dengan terdapat akses tenaga elektrik, pengeluaran syarikat kami kini tidak mempunyai sebarang kebimbangan,” ujar wakil Syarikat Makanan Mengniu Tianxue Xinjiang.

Untuk rekod, syarikat pemprosesan makanan yang mengintegrasikan pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan itu kini mempunyai 18 barisan pengeluaran, termasuk tujuh pada suhu bilik, tujuh pada suhu rendah dan empat lagi untuk ais krim.

Difahamkan, sejak awal musim panas, penggunaan elektrik meningkat seiring dengan peningkatan pesanan yang berterusan.

Untuk memastikan akses syarikat kepada elektrik yang stabil dan boleh dipercayai, Syarikat Bekalan Kuasa Grid Negara Urumqi mengambil inisiatif untuk melawat dan memahami situasi pengeluaran dan operasi, situasi operasi peralatan bekalan kuasa, dan permintaan elektrik perusahaan.

Syarikat bekalan kuasa tersebut bertindak dengan merancang perkhidmatan bekalan kuasa yang dibuat khusus dan bergantung pada aplikasi telefon pintar "Grid Negara Dalam Talian" untuk menyediakan perkhidmatan "bekalan kuasa+kecekapan tenaga" untuk perusahaan, membantunya mengurangkan kos dan beban.

Semasa musim puncak musim panas, Syarikat Bekalan Kuasa Grid Urumqi akan menjalankan kempen publisiti "Memasuki Perusahaan dan Memastikan Keselamatan", serta menerangkan peraturan yang berkaitan dan kes bahaya keselamatan yang biasa kepada perusahaan dalam bidang kuasanya.

Ia juga menghantar bahan promosi kepada pekerja perusahaan, secara berterusan meningkatkan kesedaran mereka tentang keselamatan elektrik dan berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang selamat dan boleh dipercayai.

Untuk langkah seterusnya, Syarikat Bekalan Kuasa Grid Urumqi akan terus meningkatkan pemeriksaan peralatan talian untuk memastikan operasi peralatan grid kuasa yang selamat dan stabil.

Video

Berita Berkaitan