- Lain-lain
'Kumpulan Kecil' Bantut Kemajuan Teknologi : Wakil China
Kemajuan teknologi membantu memperkasakan pelbagai sektor, memudahkan kehidupan manusia serta mencipta banyak peluang, dan pada masa sama memberi cabaran baharu kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong membuat kenyataan itu semasa mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung kesan perkembangan sains terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Fu berkata sesetengah kuasa menggeneralisasikan konsep keselamatan negara, menindas syarikat berteknologi tinggi negara lain dengan alasan pencegahan risiko, dan mengheboh-hebohkan amalan 'cantas hubungan'.
Mereka juga membentuk 'kumpulan kecil' eksklusif dengan niat mengukuhkan monopoli dalam bidang teknologi dan membendung pembangunan negara lain.
Fu mengkritik perbuatan seumpama menjejaskan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan, menyebabkan jurang pembangunan semakin melebar serta menghalang kemajuan teknologi.
- China, EU Tidak Noktahkan Rundingan tentang Kes Anti Subsidi BEV
- China Zahir Kebimbangan terdahap Dasar Sekatan AS
- China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
- Keputusan Siasatan EU ke atas Import BEV China Ditolak
- Dakwaan EU tentang Kes Siasatan Anti-subsidi terhadap BEV China Salah
- China Kritik Laporan AS Penuh Pembohongan
- China Bantah EU Masukkan Syarikat China dalam Sekatan
- China Kecam AS Kena Sekatan Ikut Dusta
- Tinjauan CGTN: Hampir 80 Peratus Kritik AS Pelaksana Sekatan
- AS Lambungkan Tarif Terhadap Produk Eksport China Dibantah Jerman