- Lain-lain
China, UNESCO Raikan Ulang Tahun Ke-30 Biasiswa "Tembok Besar"
China dan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bersama-sama menyambut ulang tahun ke-30 Biasiswa "Tembok Besar" di sini pada Rabu.
Majlis resepsi terbabit diserikan dengan kehadiran Penolong Ketua Pengarah UNESCO bagi Keutamaan Afrika dan Hubungan Luar, Firmin Edouard Matoko, dan wakil China yang berpangkat Duta Besar ke UNESCO, Yang Xinyu.
Matoko dalam ucapannya menghargai sokongan jitu yang diberi kerajaan China sejak sekian lama, dan menegaskan bahawa sebagai program strategik yang bertujuan menggalakkan pembangunan lestari dan persefahaman antarabangsa, Biasiswa "Tembok Besar" telah berkembang menjadi satu saluran khas dalam merancakkan interaksi dan pertukaran antara umat manusia, serta mendorong kedamaian yang berkekalan antara negara. Ia bukan sahaja telah menjadi teladan cemerlang dalam kerjasama Selatan-Selatan, tetapi juga memberi sumbangan signifikan kepada negara-negara membangun dalam meningkatkan keupayaan modal insan.
Sementara itu, Yang Xinyu berkata bahawa pada tiga dekad yang lalu, terdapat lebih 800 orang bakat yang berkaliber dari hampir 100 buah negara membangun telah selesai menuntut ilmu di China berkat Biasiswa "Tembok Besar", dengan separuh antaranya mengambil sains dan kejuruteraan sebagai mata pelajaran utama, dan hampir 20 peratus mengambil pendidikan sebagai jurusan. Program itu bukan sahaja kondusif bagi pertukaran fikiran dan perkongsian pengetahuan rentas sempadan di sebalik latar belakang budaya yang berlainan, tetapi juga berperanan positif dalam mendorong perkembangan ekonomi dan kemajuan masyarakat di "Selatan Global".
Untuk rekod, Biasiswa "Tembok Besar" yang ditubuhkan bersama oleh China dan UNESCO pada tahun 1994, bertujuan untuk menyokong dan membantu pelajar-pelajar dari jabatan kerajaan, universiti dan institusi pengajian di negara membangun dan negara paling mundur mengikuti pembelajaran atau melanjutkan pengajian di China.
- Beijing Raikan Pengiktirafan Paksi Tengah Sebagai Tapak Warisan Dunia
- Sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia Dirasmikan
- Teh Liubao Menempa Nama di Peringkat Antarabangsa
- Persekutuan Perlindungan Warisan Kebudayaan Asia Ditubuhkan
- Beijing Siar Laporan Berhubung Paksi Tengah
- Rai ‘Teknik Penghasilan Teh’ Tersenarai Warisan Budaya Dunia
- Kemahiran Pembuatan Teh Tradisional China beserta Adat Resam Berkaitan, Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia
- Jaga Groto Mogao dengan Penuh Dedikasi