99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tim Cook Ikrar Tambah Pelaburan di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 Oktober 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berikrar untuk meningkatkan pelaburan di China ketika dalam lawatannya di Beijing pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam lawatan keduanya di tanah besar China tahun ini, Cook telah bertemu dengan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China iaitu Jin Zhuanglong dan mengadakan perbincangan berkaitan kemajuan Apple di China, pengurusan keselamatan data dalam talian serta perkhidmatan awan.

Cook berkata, pihaknya berminat untuk memanfaatkan peluang daripada pembukaan China, dan akan terus menambah pelaburan di negara Tembok Besar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi dalam perindustrian dan rantaian bekalan.

Pada Selasa, Cook turut mengadakan pertemuan dengan Yang Jie, pengerusi syarikat telekomunikasi gergasi China Mobile bagi bertukar-tukar pandangan untuk memajukan kerjasama khususnya dalam aplikasi 5G, muzik dan video VR, membina program kerjasama dalam bidang sedia ada seperti kandungan digital.

Cook juga bertemu dengan mahasiswa China di "laman belakang sains dan teknologi" di Daerah Shunyi Beijing untuk mengetahui cara mereka menggunakan peranti Apple dalam membantu petani melaksanakan kerja secara lebih cekap dan mampan.

Pada Ogos 2023, Yayasan Pembangunan Luar Bandar China telah menyediakan projek untuk membantu "laman belakang sains dan teknologi" dengan sokongan sosial, dan Apple merupakan syarikat pertama yang menyokong projek itu.

Li Huimin, seorang mahasiswa di Universiti Pertanian China, bersama-sama dengan pasukan penyelidik telah membangunkan aplikasi iOS untuk memberikan amaran cuaca ekstrem, pengecaman perosak dan amaran perosak dalam usaha meningkatkan hasil buah.

Aplikasi tersebut telah diluluskan untuk ujian dan boleh digunakan selepas penambahbaikan selanjutnya.

"Projek yang baru saya lihat sangat mengagumkan, dan pelajar yang saya temui hari ini sangat bermotivasi untuk memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar. Saya suka melihat cara mereka menggunakan teknologi untuk membantu petani meningkatkan pengeluaran," kata Cook.

Bagi Wu Shu iaitu rakan pengasas Potential Capital yang berpangkalan di Beijing, lawatan Cook turut disifatkan sebagai mencerminkan keutamaan Apple terhadap pasaran China dan strategi pasaran syarikat untuk menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan pemikiran global.

"Ini mungkin dianggap sebagai keutamaan Apple yang dipertingkatkan ke atas pasaran China, mencerminkan daya tarikan kukuh pasaran China," kata Wu.

Tambah beliau, dengan pengenalan pelbagai dasar tambahan, ekonomi China terus menunjukkan daya tahan dan kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan asing, serta berpandangan bahawa dasar pembukaan China dan pasaran besar menyediakan peluang penting untuk perusahaan dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat.

Video

Berita Berkaitan