- Lain-lain
China Alu-alukan Lebih Ramai Rakan Kongsi Anggotai BRICS
China mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi yang mempunyai aspirasi yang sama, termasuk Indonesia, untuk menjadi anggota keluarga BRICS, satu blok yang dilengkapi mekanisme yang terbuka dan inklusif.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat Menteri Luar Indonesia, Sugiono pada minggu lalu yang menyifatkan mekanisme kerjasama BRICS sebagai platform strategik yang serasi dengan pemeliharaan kepentingan negara membangun dan "Selatan Global", dan menunjukkan kesediaan negaranya untuk menganggotai BRICS.
Lin berkata, sebagai platform penting untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama serta memelihara kepentingan bersama pasaran baru muncul dan negara membangun, BRICS yang dilengkapi mekanisme kerjasama yang proaktif dan stabil demi kemaslahatan rakyat sudah semakin diiktiraf di persada antarabangsa.
“Indonesia yang merupakan sebuah negara membangun dan ekonomi baru muncul yang penting telah mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama 'BRICS Plus' pada beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
- Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
- Senarai Negara Rakan BRICS Bakal Diumum: Putin
- Xi Pulang selepas Hadir Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Bertemu PM India
- Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi
- Xi, Putin Bertemu di Kazan
- Xi Tiba di Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Berlepas ke Kazan untuk Sidang Kemuncak BRICS
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia
- BRICS Adakan Mesyuarat Hal Ehwal Keselamatan Ke-14