99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekonomi China Tunjuk Peralihan Sihat pada Tiga Suku Pertama 2024

(CRI)Isnin 11 November 2024

Pertumbuhan ekonomi China yang mencatat 4.8 peratus pada tiga suku pertama 2024 mencerminkan satu petanda yang positif. Meskipun berdepan tekanan dan 'kepungan' dari Amerika Syarikat (AS), China telah melakukan peralihan supaya dapat mengharungi segala cabaran yang mendatang. Hakikatnya peralihan ini merupakan satu gambaran yang sihat.

Perkara itu dinyatakan Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah, Profesor Ekonomi Institut Asia dan Eropah Universiti Malaya ketika diwawancara oleh wartawan CGTN Malay baru-baru ini.

Beliau berkata kebergantungan ekonomi China terhadap AS dan Eropah yang semakin berkurang menggambarkan bahawa pasaran-pasaran lain telah memainkan peranan yang baik termasuk pasaran domestik China. Negara Tembok Besar tersenarai sebagai negara berpendapatan menengah atas, justeru ini bermakna China boleh menjana permintaan yang lebih tinggi.

Kata beliau lagi, penjana baharu pertumbuhan ekonomi China telah kelihatan, jadi apa yang dikatakan oleh pengarang-pengarang ekonomi dari Barat mengenai kemelesetan ekonomi China adalah tidak benar sama sekali.

Video

Berita Berkaitan