- Lain-lain
Sinergi Lebih Rancak Industri Automotif, Sasaran Henan
Di venue acara. Foto oleh Shen Zhiyuan, wartawan People’s Daily Online
Satu acara suai padan yang menyasarkan kerjasama pembangunan industri automobil di Henan berlangsung di Zhengzhou pada 9 November, dihadiri tokoh-tokoh politik, industri dan akademik yang hangat membincangkan isu-isu terkini industri berkenaan.
Pembentukan sebuah platform komunikasi dan kerjasama membabitkan industri automotif antara matlamat persidangan tersebut, yang juga diadakan bagi menggalakkan perkongsian peluang serta sinergi menang-menang.
Acara dihoskan oleh Jabatan Perdagangan Provinsi Henan dan kerajaan rakyat Bandar Zhengzhou, diatur oleh Biro Perdagangan Bandar Zhengzhou bersama Biro Industri dan Teknologi Maklumat Bandar Zhengzhou.
Dimaklumkan, jumlah perdagangan eksport automobil Henan mencecah 23 bilion yuan pada tiga suku pertama tahun ini, naik 22.3 peratus. Daripadanya, volum eksport kenderaan elektrik melonjak 67 peratus kepada 5.2 bilion yuan.
Zhang Min, anggota jawatankuasa tetap Jawatankuasa Parti Provinsi Henan merangkap Naib Gabenor, menyatakan bahawa pada masa ini Henan mempunyai 17 syarikat pengeluar kenderaan siap dan lebih 600 pengilang alat ganti automotif yang berskala besar. Pada masa akan datang, Henan akan memanfaatkan kelebihannya dalam aspek pengangkutan, pasaran, sumber manusia dan asas perindustrian untuk membangunkan sebuah pangkalan industri untuk mempelopori sektor kenderaan tenaga baharu negara.
Ye Zhenzhen, chairman People’s Daily Online yang juga pengarah makmal utama bagi kesedaran komunikasi kandungan negara, turut memperkenalkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki People’s Daily Online baik dari segi kecerdasan buatan dan tadbir urus data, mahupun komunikasi global, agregasi dan penyebaran kandungan serta khidmat-khidmat industri pintar. Beliau menyatakan kesudian untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan tempatan dan syarikat kereta untuk meneroka masa depan baharu bagi industri kenderaan pintar.
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’
- Pengeluar Auto China Bantu Industri Kenderaan Thailand ke Arah EV
- Guangzhou Keluar Draf Undang-undang Pemanduan Autonomi
- EV China Pamer Prestasi Cemerlang di Pasaran Indonesia
- Jenama Kenderaan Luar Jalan Raya Dari Guangxi Melonjak di Luar Negara
- Kereta Elektrik China Dapat Ribuan Tempahan Pada Pameran di Indonesia
- Kereta Api di Cenuram di Jiangxi Tawar Pengalaman Unik
- Penaja China Dialu-alu Euro 2024
- Inovasi dan Teknologi BYD Jadi Peneraju Masa Depan EV