99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Utus Tahniah Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global

(CRI)Selasa 12 November 2024

Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global pada Isnin.

Xi berkata China sentiasa merupakan anggota Selatan Global dan negara membangun.

China sedia bersinergi dengan negara Selatan Global dalam mengamalkan multilateralisme jitu, menegakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua, sekali gus menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau berharap para peserta forum itu dapat menyumbang kebijaksanaan ke arah memartabatkan Selatan Global sebagai tenaga penstabil untuk kedamaian, tulang belakang keterbukaan dan pembangunan, tenaga konstruktif bagi tadbir urus global serta pemacu kepada saling belajar sesama tamadun.

Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global anjuran Agensi Berita Xinhua bersama Syarikat Komunikasi Brazil membuka tirainya di Sao Paulo pada Isnin.

Video

Berita Berkaitan