- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Perancis
China dan Perancis sebagai dua negara kuasa besar yang merdeka, matang dan mengamalkan prinsip tanggungjawab, mempunyai hubungan yang bernilai strategik dan membawa makna yang tersendiri dalam senario global.
Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-19 di Rio de Janeiro, Brazil pada pagi semalam waktu tempatan.
Xi berkata, kedua-dua pihak perlu mengeratkan pertukaran dari segi strategi, meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan, berganding bahu menghadapi perubahan dan cabaran supaya mengekalkan hubungan China-Perancis sentiasa stabil, mantap dan proaktif sehingga memberi sumbangan yang lebih besar bagi mendorong hubungan China-Eropah berkembang ke arah yang kondusif, dan memperjuangkan matlamat keamanan serta kestabilan dunia.
"China bersedia bersama-sama Perancis untuk merapatkan pertukaran peringkat tinggi, mempergiat interaksi dan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, isu daerah dan remaja, dan meningkatkan kebersamaan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua pihak diharap memanfatkan pelbagai mekanisme yang sedia ada seperti dialog kewangan dan ekonomi peringkat tinggi dan jawatankuasa bersepadu ekonomi dan perdagangan, terus meneroka potensi kerjasama di samping menangani perselsihan dengan baik demi situasi menang-menang," kata Xi.
Macron pula berkata, Perancis konsisten dalam mengamalkan prinsip berdikari dari segi strategi, berdialog dan menjalankan kerjasama dengan China berdasarkan semangat saling menghormati, menangani pertikaian ekonomi dan perdagangan dengan baik, dan memastikan kesihatan dan kestabilan dalam pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan keuda-dua pihak terjamin, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang perubahan iklim, tadbir urus global yang berorientasikan AI dan sebagainya.
Selain itu, krisis Ukraine juga dijadikan satu topik dalam perbincangan kedua-dua pemimpin tersebut.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Xi Bertemu Presiden Mexico
- Xi Bertemu PM Australia
- Xi, Macron Tulis Prakata untuk Pameran Dinasti Tang di Perancis
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
- Xi Bertemu PM Britain
- Xi Seru Bina Sistem Tadbir Urus Global Yang Adil, Saksama
- Artikel Presiden Xi Disiarkan di Media Brazil
- Xi Tiba di Rio de Janeiro untuk Sidang Kemuncak G20 dan Lawatan Rasmi
- Wang Yi Bertemu Presiden Majlis Perlembagaan Perancis
- Perdagangan China-Perancis 2023, USD78.9 Bilion