99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 26 Oktober 2024
Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia
Wartawan asing membuat persembahan di konsert tepi jalan Pavilion Wenchang. (People’s Daily Online/Long Zhangyu)

Sebuah konsert tepi jalan di bandar Guiyang, provinsi Guizhou, bertambah meriah apabila lebih sepuluh wartawan asing dari Asia Pasifik naik ke pentas mendendangkan tiga lagu Cina buat penonton yang riuh bersorak-sorai.

Konsert Tepi Jalan Guiyang ini pada asalnya persembahan yang diadakan di Pavilion Wenchang di daerah Yunyan. Penyanyi-penyanyi utamanya datang dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, guru, pemain muzik, dan juga orang biasa di jalanan. Dengan mengekalkan tujuan asalnya sebagai satu bentuk perkhidmatan kebudayaan untuk orang awam, konsert seumpama membolehkan penduduk dan pelancong merasai kegembiraan yang dibawa oleh muzik tanpa mengenakan bayaran atau memerlukan tiket masuk.

“Ini berbeza dengan konsert-konsert yang pernah saya hadiri sebelum ini,” kata Julia da Costa, jurnalis dan penyampai berita dari National Media Group Timor-Leste, sambil menambah bahawa sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, menjadikan acara itu sangat menyeronokkan.

Wartawan asing membuat persembahan di konsert tepi jalan Pavilion Wenchang. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Wartawan asing merasai kehangatan suasana di konsert tepi jalan. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Wartawan asing bergambar dengan penonton di konsert tepi jalan. (People’s Daily Online/Yang Qian)

Video

Berita Berkaitan