99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Teroka Pasar Malam di Shenzhen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 29 November 2024

Shenzhen, sebuah bandar pesisir pantai yang dinamik di provinsi Guangdong, selatan China, telah menampakkan kemajuan ketara dalam usaha membangunkan ekonomi waktu malam pada tahun-tahun kebelakangan ini. Antaranya, Pasar Malam Yan’gang muncul sebagai tarikan tersendiri.

Foto udara Pelabuhan Yantian diambil dari Pasar Malam Yan’gang di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Foto udara Pelabuhan Yantian diambil dari Pasar Malam Yan’gang di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Pasar tersebut mulai hidup sebaik sahaja tenggelamnya matahari, mengubah wajah sebuah persimpangan biasa di Jalan Kangyi dan Jalan Yishan kepada satu pemandangan yang berkilau-kilauan. Digambarkan sebagai magnet yang menarik orang muda, hab yang sibuk ini menawarkan pilihan kudap-kudapan yang pastinya menggoda selera.

Bukan itu sahaja, Pasar Malam Yan’gang menjanjikan suatu pengalaman holistik dengan paduan sajian kulinari, persembahan kebudayaan dan aktiviti santai. Pelbagai acara bertema turut dianjurkan secara berkala termasuk pesta makanan antarabangsa dan minggu budaya, menggamit kedatangan pelancong baik tempatan mahupun asing.

Foto memaparkan pemandangan Pasar Malam Yan’gang di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Foto memaparkan pemandangan Pasar Malam Yan’gang di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Video

Berita Berkaitan