- Lain-lain
China, Kemboja Komited Memperkasa Kerjasama Bilateral
China sentiasa melihat Kemboja sebagai satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan dan bersedia berganding bahu dengan negara itu untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja yang berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berspesifikasi tinggi pada era baharu.
Demikian kata Presiden China, Xi Jinping semasa mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Parti Rakyat Kemboja (CPP) dan Presiden Senat, Samdech Techo Hun Sen di Beijing pada Selasa.
Xi menyeru sokongan antara satu sama lain untuk mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.
“China menyokong dengan tegas usaha Kemboja dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara, serta kepentingan pembangunan,” kata beliau.
Selain itu, Xi juga mencadangkan kedua-dua negara memperdalam pertukaran dan menimba pengalaman untuk mewujudkan pembangunan bersama.
“Parti Komunis China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi strategik dengan CPP dan memperkasa kerjasama dalam latihan perkaderan bagi membantu Kemboja memacu pembangunan mengikut acuan negara sendiri,” kata beliau.
Xi juga berkata, kedua-dua negara perlu merebut peluang yang dicetuskan kerjasama bagi meneroka situasi sama menang yang baharu.
“China bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kemboja untuk melaksanakan pelan tindakan versi baharu berhubung komuniti berkongsi nasib, terus menambah elemen baharu ke rangka kerjasama ‘Diamond Hexagon’, menggubal rancangan kerjasama mengenai ‘Koridor Pembangunan Perindustrian’ dan ‘Koridor Jelapang Padi dan Ikan’, meningkatkan keberhasilan dalam pelaksanaan projek ikonik, dan bertindak pantas meningkatkan ketersambungan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dengan Strategi Pentagon anjuran Kemboja,” kata Xi.
“China akan terus menyokong Kemboja untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.
“China komited mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan Kemboja untuk bersama-sama menangani pelbagai risiko,” tambah beliau.
Hun Sen pula berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip Satu China dan menyokong usaha China dalam memelihara kepentingan teras milik negara sendiri.
“Kemboja bersedia bersama pihak China untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengambil tindakan tulen memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
“Selain itu, Kemboja juga komited mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau,” kata beliau.
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Teroka Pasar Malam di Shenzhen
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- China Pemacu Pertumbuhan Ekonomi Global - Perdana Menteri Kemboja
- Bank Penjelasan RMB Kemboja Beroperasi
- Xi Ucap Tahniah kepada Sihamoni atas Ulang Tahun ke-20 Pertabalan Raja Kemboja
- China Bantu Atlet Kemboja Tingkat Teknik Bertanding
- Raja, Ibu Permaisuri Kemboja Tiba di Beijing
- China, Kemboja Lancar Latihan Bersama "Naga Emas 2024"
- Tentera China dan Kemboja Bakal Adakan Latihan Bersama
- Wang Yi Temui PM Kemboja
- Bekerjasama Erat Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Kemboja Bertaraf Tinggi: Wang Yi
- China, Kemboja Ikrar Majukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib