- Lain-lain
Zhejiang Maju Ke Hadapan Dengan Pertanian Pintar
Foto memperlihatkan dron pertanian yang boleh menganalisis situasi secara tepat seperti penyakit tumbuh-tumbuhan dan serangga perosak, tanah serta kelembapan. (Foto ihsan Jabatan Hal Ehwal Pertanian dan Luar Bandar Provinsi Zhejiang) |
Lebih daripada 100 pencapaian dalam teknologi termaju telah dipamerkan semasa berlangsungnya Pameran Pertanian Zhejiang di Hangzhou selama lima hari mulai 22 November lalu.
Untuk rekod, Zhejiang secara aktif menerokai pembangunan yang dipacu inovasi pada tahun-tahun mutakhir ini, dengan kadar sumbangan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang pertanian di Zhejiang telah mencapai 67.97 peratus pada 2023.
Sejumlah 2,646 perusahaan telah menyertai pameran tersebut, dengan mempertontonkan 25,000 jenis produk, sekali gus merekodkan sebagai angka terbesar dalam sejarah pameran itu.
Turut dipamerkan adalah peralatan baharu untuk bercucuk tanam seperti aplikasi poket yang boleh mengesan penyakit tumbuh-tumbuhan dan serangga perosak, serta robot yang berkemampuan menilai dengan tepat kematangan buah untuk dipetik dan disusun secara automatik, sekali gus membantu petani dalam meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pertanian.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Zhejiang turut aktif mempromosikan kemajuan pertanian melalui teknologi dan jentera. Pada 2023, kadar pejenteraan untuk membajak, menanam, dan menuai tanaman di Zhejiang telah mencapai 81.35 peratus, iaitu melonjak 29.85 mata peratusan berbanding sebelum inisiatif tersebut diperkenalkan.
Untuk edisi kali ini, pameran tersebut merekodkan kehadiran sejumlah 325,100 pengunjung, serta memperbaharui rekod volum transaksi yang melebihi RMB255 juta (sekitar AS$35 juta).
Semasa berlangsungnya pameran itu, satu jenis padi dengan ketinggian berbeza sehingga mencapai saiz orang dewasa telah menarik perhatian pengunjung. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Zhejiang melipat ganda usahanya dalam pembiakan padi. Pada awal 2024, padi jenis “Zhongzu 100” telah mencapai rekod baharu dengan menghasilkan 754.36 kilogram setiap 0.067 hektar di sawah demonstrasi.
Beberapa produk pertanian yang inovatif turut menarik perhatian penonton. Di salah satu reruai, pelbagai produk berunsurkan torreya Cina, seperti coklat, barangan wangi dan syampu, menarik ramai pengunjung untuk terlibat dengan tawaran itu.
Sehingga kini, Zhejiang telah melatih lebih 80,000 usahawan pertanian, dengan individu yang dilahirkan selepas 1990 dan 2000 mewakili lebih separuh daripada jumlah ini.
Pengunjung sedang melihat robot pengisih semasa Pameran Pertanian Zhejiang 2024 di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Wang Liwei) |
Sejenis padi dengan ketinggian berbeza, sehingga mencapai saiz orang dewasa telah menarik perhatian pengunjung semasa Pameran Pertanian Zhejiang 2024 di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Wang Liwei) |
Foto menunjukkan spesies baharu ikan kap Cina jantan dipamerkan semasa Pameran Pertanian Zhejiang 2024, yang diadakan di Hangzhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (People’s Daily Online/Wang Liwei) |
Foto menunjukkan produk torreya China yang dipamerkan semasa Pameran Pertanian Zhejiang 2024, yang diadakan di Hangzhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (People’s Daily Online/Wang Liwei) |
Foto menunjukkan kawasan pameran semasa Pameran Pertanian Zhejiang 2024, yang diadakan di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Provinsi Zhejiang) |
- Festival Teater Wuzhen ke-11 Buka Tirai Dengan Meriah
- Komoditi Dari Yiwu Capai Pasaran Besar Menjelang Sukan Olimpik Paris
- Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi
- Hiburan Malam Hari Pacu Ekonomi Hangzhou
- Teroka Khazanah Liangzhu dalam 30 Saat
- Bunga di Hangzhou Berbaju Ais Dibawa Cuaca Sejuk
- Kebun Strawberi Tergantung Jadi Tarikan
- Pokok Ginkgo Tua Tarik Pengunjung ke Zhejiang
- Bagaimana Kampung Xiajiang Menjadi “Kampung Pelancongan Terbaik Dunia”
- Harta Karun Budaya