- Lain-lain
Rakyat Syria Boleh Bina Masa Depan yang Stabil dan Aman - Antonio Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengeluarkan kenyataan mengenai situasi di Syria melalui jurucakapnya pada Ahad.
Guterres berkata bahawa selepas peperangan yang dahsyat selama 14 tahun dinoktahkan dan kerajaan Syria digulingkan, rakyat negara itu boleh merebut peluang pada detik sejarah ini untuk membina masa depan yang stabil dan aman.
Guterres melalui kenyataan itu menekankan bahawa masa depan Syria ditentukan oleh rakyat Syria, dan Utusan Khas PBB bagi isu Syria, Geir Pedersen akan bekerjasama dengan mereka.
Guterres menambah, masyarakat antarabangsa perlu menyokong Syria dan PBB komited untuk membantu rakyat Syria membina Syria menjadi sebuah negara yang boleh bersama-sama menikmati keharmonian, keadilan, kebebasan dan kemakmuran yang dilihat kondusif bagi keamanan yang mampan di negara itu.
- Rusia, Syria Tubuhkan Pangkalan Tentera Baharu
- Utusan Khas PBB Seru Tingkat Bantuan Kemanusiaan di Syria
- China Bantah Kuasa Luar Jejaskan Ketenteraman Syria
- China Bantah Serangan Dron terhadap Syria
- Serangan Dron Ragut 80 Nyawa di Akademi Tentera Syria
- China, Syria Jalin Perkongsian Strategik
- Iraq, Syria Setuju Perkukuh Hubungan Dua Hala
- China Gesa AS dan Britain Hentikan Operasi Ketenteraan Haram di Syria
- Pembangunan Damai, Aspirasi Rakyat Asia Barat
- Syria Diterima Semula Liga Arab