- Lain-lain
Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN Diadakan di Guangxi
Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN 2024 dirasmikan di Nanning, pada 8 Dis.
Anjuran bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, forum itu disertai 150 orang pakar, sarjana, ahli perniagaan dan wakil media dari China, negara-negara ASEAN serta organisasi antarabangsa.
Para peserta mengambil peluang daripada forum kali ini untuk berkongsi hasil pertukaran kebudayaan dan kerjasama pelancongan antara China dengan ASEAN.
Selain itu, mereka juga mengemukakan cadangan dan menzahirkan harapan terhadap kerjasama kedua-dua pihak pada masa akan datang.
Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN 2024 turut mengeluarkan “Inisiatif Pembangunan Bersama Kebudayaan dan Pelancongan China-ASEAN”, mencadangkan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dalam empat aspek.
Antaranya termasuk meningkatkan perkongsiaan maklumat, memperdalam pertukaran dan saling pembelajaran, membina jenama istimewa, dan menumpukan pelancongan hijau demi pembangunan lestari.
- Rondaan Bersama Kali ke-147 di Sungai Mekong Berakhir
- Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-14 di Laos
- Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Berlangsung Sempena WIC 2024
- PM Li Tekankan Lagi "Lima Prinsip Hidup Secara Damai" di Vientiane
- Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN Mula Beroperasi
- Usaha Perlindungan, Pemeliharaan Warisan Kebudayaan China Harus Dicontohi
- Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang
- Memperdalam Kerjasama China-ASEAN Menguatkan Pertumbuhan Global
- Sinergi China-ASEAN Dari Perspektif Satelit
- China, ASEAN Mudahkan Mobiliti Keanggotaan