- Lain-lain
Cendawan Fuciformis Jadi Emas
Tremella fuciformis ditanam di sebuah bangsal cendawan. ( People's Daily Online/Li Yiyi) |
Tremella fuciformis, makanan istimewa tradisional China yang diberikan jolokan “mahkota fungus”, masih lagi dianggap sajian mewah hingga pertengahan abad ke-20. Dalam masa setengah abad sahaja, yin er atau cendawan jeli putih ini telah menjadi suatu hidangan biasa di meja makan orang China, dan perkembangan ini berkait rapat dengan kaunti Gutian di Ningde, provinsi Fujian.
Baru-baru ini, Ningde menjadi tuan rumah kepada satu persidangan tentang pembangunan industri cendawan Tremella. Melalui siri simposium dan pameran, legenda berkaitan cendawan tersebut beransur-ansur diketahui umum dalam konteks yang jelas.
Pada tahun 60-an dan 70-an, cendawan Tremella agak mahal harganya dan jarang dijumpai, maka pakar mengikhtiarkan teknik penanaman menggunakan kepingan kayu. Banyak pengusaha cendawan ketika itu menanamnya sebagai percubaan. Gutian juga tidak terkecuali dan mulai meneroka kaedah penanaman tiruan. Disebabkan adanya Empangan Gutian yang menjadikan persekitaran di sana lebih lembap daripada tempat-tempat tempat lain, keadaan ini banyak membantu pertumbuhan cendawan boleh makan.
Sejak penemuan teknologi penanaman berbotol pada 1977, kaedah yang diguna pakai di Gutian telah melalui tiga perubahan. Pengeluaran cendawan Tremella meningkat daripada tidak sampai 1 tan pada 1976 kepada 219 tan pada 1982, iaitu lebih 200 kali ganda. Nilai outputnya pula melonjak 57 kali ganda.
Menurut data, pengeluaran Tremella fuciformis di Gutian kini mewakili lebih 90 peratus daripada seluruh keluaran negara, malahan selama berdekad-dekad telah menjadi faktor penentu harga hingga membolehkan makanan ini menjadi ramuan biasa.
Sejak bermulanya abad ke-21 ini, industri cendawan Tremella di Gutian telah memasuki fasa pertumbuhan besar-besaran. Hingga hari ini, model kilang cendawan boleh makan peringkat kaunti di Gutian telah mendorong pembentukan kluster perusahaan huluan dan hiliran, suatu teladan yang sukar direplikakan dalam industri.
Tahun-tahun kebelakangan ini, Gutian telah tampil sebagai pembawa trend baharu inovasi Tremella fuciformis. Dibawa ke angkasa lepas, dipromosikan sebagai diet tonik, dijadikan kosmetik... Penyelidikan dan pembangunan industri akademik mengenai polisakarida dan bahan-bahan lain dalam cendawan Tremella turut membuka peluang baharu bagi industri berkenaan.
Sekarang, Gutian telah menjadi pangkalan pengeluaran terbesar untuk produk Tremella fuciformis di China, dan juga kaunti yang pengeluaran cendawan boleh makannya paling lengkap dari segi keanekajenisan. Pendapatan kasar Pasar Borong Cendawan Boleh Makan Gutian dilaporkan melebihi 600 juta yuan, dengan adanya lebih 400 syarikat e-dagang dan 2,700 kedai elektronik di kaunti itu. Pada 2023, cendawan jeli putih Gutian menduduki tempat kedua dalam senarai Brand Value negara bagi kategori cendawan boleh makan dengan nilai 14,732 bilion yuan. Bukan sekadar itu, Gutian juga telah memenangi Anugerah Pertumbuhan Terbaik.
Dimaklumkan, jaringan pemasaran cendawan boleh makan Gutian telah meliputi seluruh negara, dan turut bertapak di puluhan negara dan wilayah termasuk di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika. Kadar pengeluaran dan jualan produk cendawan boleh makan melebihi 98 peratus.
Kaunti Gutian mempunyai pangkalan pengeluaran cendawan boleh makan yang paling lengkap dari segi keanekajenisan di China. Foto oleh Chen Xiuyu |
Bengkel pengeluaran cendawan jeli putih di Gutian. Foto oleh Wang Xiabing |
Cendawan jeli putih. Foto ihsan Pusat Media Bersepadu Kaunti Gutian |
- Surat Xi Bakar Semangat Penduduk di Fujian, Realisasikan Pemulihan Luar Bandar
- Kisah Kejayaan Hebat Di Tengah Mawar Gurun
- Kaunselor Filipina Teruja Turun Padang Tinjau Pertanian China
- Provinsi Jiangxi: Jalan Raya Bagai Rentas Awan
- "Tanam" Matahari di Bumbung Bukit Tandus
- Pekan Jiangxiang: "Sampel Jiangsu" bagi Pembangunan Desa
- Kota Lama Wajah Baharu, Zon Eksperimen di Pusat Bandar
- Daun Teh Jadi Teras Kekayaan Penduduk Kampung
- Pembangunan Desa Pingle: Daya Hidup Sekuntum Bunga
- Forum Antarabangsa Sasarkan Pembangunan Desa