99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Han Zheng Terima Kunjungan Naib PM Vietnam

(CRI)Rabu 11 Disember 2024

China dan Vietnam diharap memanfaatkan momentum yang akan wujud dalam perayaan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik pada tahun depan, berpandukan persepakatan pemimpin Parti dan negara mengekalkan interaksi dari segi strategi, memperluas kerjasama yang substantif, mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat, mempertingkat penyelarasan multilateral, mendorong penaiktarafan pembentukan komuniti berkongsi nasib antara satu sama lain, serta menyejahterakan rakyat.

Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Han Zheng ketika menerima kunjungan Naib Perdana Menteri Vietnam, Bui Thanh Son di Beijing pada Selasa.

Bui Thanh Son pula berkata, mengembangkan hubungan persahabatan dengan China untuk jangka masa panjang merupakan pendirian konsisten Vietnam, dan juga tuntutan objektif, pilihan strategik dan keutamaan utama bagi negaranya. Vietnam mengamalkan dasar Satu China, bersedia menambah pertukaran di peringkat tinggi, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, dan menjadikan kolaborasi bilateral lebih substantif demi menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib Vietnam-China yang membawa makna dari segi strategi.

Video

Berita Berkaitan