99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sistem Pandu Arah BeiDou China: Laluan Unik Inovasi Kendiri

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 Disember 2024

Sekitar dua bulan yang lalu, China melancarkan dua satelit baharu untuk Sistem Satelit Pandu Arah BeiDou-3 (BDS-3) dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Provinsi Sichuan, barat daya China.

Kedua-dua satelit itu yang merupakan anggota ke-59 dan 60 dalam keluarga BeiDou itu merupakan kumpulan kedua satelit orbit Bumi medium (EMO) yang dilancarkan sejak BDS-3 diberi kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan pandu arah satelit di seluruh dunia.

Setelah melalui proses pembangunan selama bertahun-tahun, BDS, projek yang dihasilkan dan dioperasikan oleh China, kini telah menjadi elemen baharu penting dalam infrastruktur China.

Ia menyediakan ketepatan yang tinggi, kedudukan sepanjang masa, serta perkhidmatan pandu arah dan tepat pada masanya kepada semua pengguna global dalam sebarang cuaca.

Ilustrasi satelit ke-59 dan 60 untuk BDS-3. (Foto daripada Akademi Sains China)

Ilustrasi satelit ke-59 dan 60 untuk BDS-3. (Foto daripada Akademi Sains China)

China mula membangunkan sistem satelit pandu arah sendiri pada 1994. Pada penghujung tahun 2000, BDS-1 telah memulakan dan menyediakan perkhidmatan kedudukan di China, dan pada 2012 pula BDS-2 telah siap sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan kedudukan pasif kepada wilayah Asia Pasifik. Pada 2020, BDS-3 secara rasminya dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan pandu arah satelit di serata dunia.

Salah satu kunci yang membolehkan BDS-3 terus berkembang dari rantau ke global adalah ia berjaya merealisasikan ukuran dan komunikasi antara satelit menerusi pautan antara-satelit (ISL).

Untuk rekod, ISL yang merupakan satu langkah inovatif dan berani, merujuk kepada garis komunikasi antara satelit, iaitu link tanpa wayar yang berkemampuan untuk melakukan transmisi data dan ukuran jarak antara kapal angkasa.

Berdasarkan stesen domestik China, teknologi ini membolehkan satelit BeiDou mewujudkan sambungan dengan satelit BeiDou yang lain, sekali gus memastikan komunikasi lancar merentasi seluruh buruj.

Dengan kerjasama bersama-sama lebih 400 organisasi dan usaha lebih daripada 300,000 penyelidik, BDS mencerminkan kemajuan dan penaiktarafan dalam pandu arah satelit.

Pada Mac 2015, China melancarkan satelit ujikaji BDS-3 pertama yang melibatkan 70 peratus teknologi yang baru dibangunkan, secara tidak langsung mengekalkan kelancaran operasi sejak ia mula digunakan.

Foto jurutera sedang mengoperasikan sistem tindak balas kecemasan digital BDS di sebuah firma teknologi di Fuzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Xie Guiming)

Foto jurutera sedang mengoperasikan sistem tindak balas kecemasan digital BDS di sebuah firma teknologi di Fuzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Xie Guiming)

BDS telah berjaya membuat penemuan-penemuan baharu dalam teknologi kunci, yang menyaksikan pembangunan kendiri dalam komponen kunci berbilang telah dicapai. Kesemua komponen teras satelit BDS-3 telah dibangunkan dan dihasilkan oleh China secara kendiri.

Jurutera kanan Institut Penyelidikan Perbadanan Kumpulan Teknologi Elektronik China ke-54, Zheng Xiaodong, telah mendedikasikan dirinya untuk membangunkan sistem Bumi BDS selama lebih 20 tahun, dan berjaya membangunkan sistem komunikasi pesanan ringkas unik untuk BDS-3.

Berbanding dengan sistem navigasi satelit yang lain, BDS-3 bukan sahaja boleh berkongsi kedudukan, malah membolehkan pengguna mengetahui tentang keadaan ketika itu. Sekiranya cara komunikasi lain mengalami kegagalan berikutan kecemasan seperti gempa bumi, perkhidmatan komunikasi pesanan ringkas itu akan berperanan penting untuk menghantar signal distres dan menyelamatkan nyawa.

Foto pemindah padi berfungsi dengan bantuan BDS di kampung Zhaohe, Xinghua, Provinsi Jiangsu, di timur China pada 14 Jun 2024. (People's Daily Online/Zhou Shegen)

Foto pemindah padi berfungsi dengan bantuan BDS di kampung Zhaohe, Xinghua, Provinsi Jiangsu, di timur China pada 14 Jun 2024. (People's Daily Online/Zhou Shegen)

Video

Berita Berkaitan