- Lain-lain
China Lancar Kumpulan Satelit Baharu
Foto pelancaran satu lagi kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, di utara Provinsi Shanxi. (Xinhua/Guo Houze) |
China melancarkan satu lagi kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, di utara Provinsi Shanxi tepat pukul 2.50 awal pagi tadi.
Menurut agensi berita Xinhua, kumpulan satelit itu, PIESAT-2 09-12 yang dibawa oleh roket pembawa Long March-2D tersebut telah berjaya memasuki orbit seperti yang ditetapkan.
Dengan pelancaran tersebut, ia sekali gus menandakan misi penerbangan ke-553 siri roket pembawa Long March.
Untuk rekod, keempat-empat satelit Radar Apertur Sintetik (SAR) tersebut dibangunkan oleh GalaxySpace yang merupakan pembuat satelit swasta, yang menampilkan kebolehan lebih baik termasuk pemerhatian Bumi sepanjang hari, pada setiap cuaca dan beresolusi tinggi.
Ketua pereka satelit SAR di GalaxySpace, Duan Xiao berkata bahawa satelit SAR yang berbilang boleh meningkatkan kadar lawatan semula untuk pelbagai aplikasi rangkaian, menyokong pengimejan resolusi tinggi, pemerhatian frekuensi tinggi dan liputan global yang kerap.
“Ini membolehkan pengukuran ubah bentuk peringkat milimeter bagi sasaran seperti empangan dan jambatan, menyediakan aplikasi seperti sumber tanah, pemantauan gempa bumi, pencegahan dan mitigasi bencana, pemerolehan maklumat geografi asas dan perhutanan”, kata Duan.
Tambah beliau, GalaxySpace terus meningkatkan keupayaan pembangunan keseluruhan satelit SAR, dengan lapan satelit SAR yang dihasilkan secara kelompok dihantar setakat ini.
Foto pelancaran satu lagi kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, di utara Provinsi Shanxi. (Xinhua/Guo Houze) |
Foto pelancaran satu lagi kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, di utara Provinsi Shanxi. (Xinhua/Guo Houze) |
Foto pelancaran satu lagi kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, di utara Provinsi Shanxi. (Xinhua/Guo Houze) |
- China Berjaya Lancar Dua Satelit Baharu
- Penggembala Unta di Xinjiang Manfaatkan Teknologi Maju
- China Berjaya Lancar Dua Satelit Beidou
- Roket Zhuque-3 Selesai Ujian Penerbangan Perlepasan dan Pendaratan Menegak Sejauh 10 Kilometer
- Satelit Telekomunikasi ChinaSat 4A Berjaya Dilancarkan
- China Berjaya Lancar Kumpulan Satelit Baharu
- China Lancarkan Satu Satelit GEO untuk Perkhidmatan Internet
- China Berjaya Lancarkan Satelit Zhongxing-3A
- Tahniah kepada China atas Kejayaan Lancarkan Satelit - PM Pakistan
- China Berjaya Lancarkan Satelit Shiyan-23 Tinjau Angkasa