99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kereta Api China-Laos Terus Pamer Daya Hidup Pada Tahun Ketiga

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 Disember 2024

Pada 3 Disember lalu, Kereta api China-Laos memasuki babak baharu dalam sejarah perjalanannya apabila menyambut ulang tahun ketiga sambutan pengoperasiannya.

Dalam tempoh tersebut, kereta api yang beroperasi bermula dari Kunming, Provinsi Yunnan di barat daya China ke Vientiane, ibu kota Laos itu telah memacu kapasiti pengangkutan dan menambah baik ketersambungan kawasan serantau.

Kini, pengaruhnya yang dikembangkan ke negara-negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Kemboja dan Malaysia itu telah menjadi koridor pengangkutan emas yang menghubungkan China dan pasaran antarabangsa, sekali gus memanfaatkan negara-negara di sepanjang laluan.

Kereta api Laju Lancang-Mekong beroperasi di Rel Kereta Api China-Laos di Luang Prabang, Laos. (People’s Daily/Sun Guangyong)

Kereta api Laju Lancang-Mekong beroperasi di Rel Kereta Api China-Laos di Luang Prabang, Laos. (People’s Daily/Sun Guangyong)

Onkeo, wanita tempatan di Laos, merupakan pengguna bulanan kereta api untuk melawat neneknya di kampung yang terletak di Muang Xay, bandar di utara Laos. Menurutnya, pada sebelum, dia perlu menggunakan kereta yang mengambil masa sehari untuk pulang ke Muang Xay. Namun, kini perjalanannya ke kampung telah dipendekkan kepada tiga jam sahaja.

Sebagai rel kereta api moden pertama di Laos, Kereta Api China-Laos bukan sahaja mengubah gaya perjalanan penduduk tempatan, malah menyediakan pilihan baharu buat pelancong antarabangsa.

Tiga tahun sejak pelancarannya, perjalanan penumpang harian kereta api yang dikendalikan oleh seksyen Laos melonjak daripada lebih 1,000 kepada hampir 15,000.

Menurut data Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, lebih 85 peratus pelancong dari Vientiane ke Luang Prabang memilih Kereta Api China-Laos sebagai mod pengangkutan yang sesuai.

Ketua pengarang Vientiane Times, Thonglor Duangsavanh berkata bahawa negara itu sebelum ini bergelut dengan pilihan pengangkutan yang tidak selesa.

Katanya, Kereta Api China-Laos telah memberikan pelancong medium perjalanan yang berpatutan dan mudah akses. Beliau turut menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong menggunakan kereta api untuk menyaksikan keunikan landskap semula jadi dan gaya hidup tempatan.

Sehingga 30 November tahun ini, Kereta Api China-Laos telah mengendalikan 42.92 juta perjalanan penumpang, dengan seksyen Laos sahaja telah melihat 7.41 juta perjalanan penumpang dan 10.74 juta tan barangan.

Rangkaian barangan yang dibawa melalui kereta api telah berkembang daripada lebih 10 jenis pada mulanya, seperti getah, baja, dan barangan am, kepada lebih 2,700 jenis pada masa ini, termasuk elektronik, fotovolta, peralatan telekomunikasi dan kereta, sekali gus memacu peningkatan industri dan perdagangan antarabangsa dengan berkesan di sepanjang laluan.

Ketika diwawancara People’s Daily, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone memberitahu bahawa sejak tiga tahun lalu, Kereta Api China-Laos telah banyak memudahkan perjalanan rakyat tempatan serta pergerakan barang dan penumpang di seluruh wilayah.

“Ia telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketersambungan serantau dan kemudahan perdagangan,” katanya lagi.

Selain memacu pertumbuhan ekonomi, Kereta Api China-Laos turut meningkatkan peluang pekerjaan di Laos. Sepanjang tiga tahun lalu, ribuan pelatih Laos telah menyertai program latihan untuk mempelajari kemahiran profesional dalam operasi lokomotif, penyelenggaraan, pengangkutan penumpang dan kargo.

Foto Stesen Kereta Api Mohan yang terletak di sepanjang Rel Kereta Api China-Laos. (People’s Daily Onlie/Shi Jiamin)

Foto Stesen Kereta Api Mohan yang terletak di sepanjang Rel Kereta Api China-Laos. (People’s Daily Onlie/Shi Jiamin)

Sejak Oktober lalu, terdapat lebih daripada 1,000 pekerja yang bertugas untuk laluan kereta api tersebut, iaitu mencakupi 61.3 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja. Kesemua mereka berperanan peting dalam bidang seperti pengurusan keselamatan, pengangkutan kargo dan penumpang, serta penjagaan dan pengoperasian peralatan.

Pada masa sama, kereta api tersebut turut mewujudkan lebih daripada 100,000 peluang kerja di Laos.

Kereta Api China-Laos telah membentuk arteri logistik antarabangsa dengan menghubungkan dengan perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah dan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, yang telah memendekkan masa yang diperlukan untuk membawa barangan terus dari Laos, Thailand, Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain ke Eropah hingga 15 hari.

Kereta api yang saling tersambung telah menyediakan koridor logistik yang lebih mudah dan cekap yang menghubungkan China dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara, secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran ekonomi serantau.

Sepanjang tiga tahun lalu, Kereta Api Laju Lancang-Mekong telah mengendalikan lebih 15,000 kereta api kargo antarabangsa, mengangkut lebih 10.6 juta tan barangan import dan eksport, dengan nilai kargo melebihi RMB44 bilion (AS$6.05 bilion).

Ketua perniagaan pengangkutan di Syarikat Kereta Api China-Laos, Deng Yu berkata bahawa barangan China yang dibawa melalui Keretapi China-Laos boleh dihantar melalui Laos ke negara ASEAN lain seperti Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Didorong oleh Kereta Api China-Laos, negara-negara Asia Tenggara mempercepatkan pembangunan kereta api dan penyelarasan strategik untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau.

Pada Julai tahun ini, perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Thailand-Laos memulakan operasinya, meningkatkan ketersambungan rel antara Thailand dan Laos sambil menghubungkan dengan Kereta Api China-Laos.

Manakala, sebuah kereta api kargo antarabangsa yang menghubungkan Malaysia ke Thailand, Laos dan China, turut berjaya dilancarkan, yang meningkatkan hubungan perdagangan Malaysia dengan China dan negara Asia Tenggara.

Ketika ini Malaysia turut mempergiatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), secara aktif mahu menghubungkan dengan jaringan kereta api laju Thailand, dan mempercepat pembinaan Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura.

Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik China-Thailand di Majlis Penyelidik Kebangsaan Thailand, Surasit Thanadtang berkata bahawa jaringan kereta api itu kini membolehkan negara-negara Asia Tenggara mempercepat ketersambungan selain mengakses peluang pasaran yang lebih luas.

Katanya, ketersambungan serantau yang lebih besar akan membantu mengurangkan kos logistik, memudahkan pergerakan orang ramai, dan mencipta lebih banyak peluang pembangunan yang akan mendorong integrasi ekonomi serantau.

Video

Berita Berkaitan