99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pewaris Turunkan Ilmu Reka Bentuk Tradisional, Amalan Pembinaaan Jambatan Gerbang Kayu China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 20 Disember 2024

Reka bentuk dan amalan pembinaan jambatan gerbang kayu China telah dimasukkan dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 5 Disember 2024 di kaunti Taishun, bandar Wenzhou, Provinsi Zhejiang di timur China.

Terkenal sebagai hab jambatan gerbang kayu di China, kaunti Taishun mempunyai 32 jambatan koridor gerbang kayu purba yang dijaga baik, dengan 15 daripadanya disenaraikan sebagai tapak kebudayaan dan sejarah utama yang dilindungi peringkat kebangsaan.

Foto bertarikh 12 Disember 2024 ini memaparkan Jambatan Wenxing di kaunti Taishun, Provinsi Zhejiang, timur China. (foto/Xinhua)

Foto bertarikh 12 Disember 2024 ini memaparkan Jambatan Wenxing di kaunti Taishun, Provinsi Zhejiang, timur China. (foto/Xinhua)

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Zeng Jiakuai, selaku pewaris peringkat provinsi telah mengepalai pasukannya untuk membina 20 koridor gerbang kayu dan membaik pulih enam jambatan lain.

Dia yang dilahirkan dalam keluarga bertukang di pekan Sixi, kaunti Taishun itu telah membina satu model Jambatan Beijian, iaitu jambatan gerbang kayu purba yang terkenal di situ, dengan menggunakan teknik gabungan tanggam dan bajang ketika berusia 29 tahun.

Selama tiga tahun, dia mempelajari tentang selok-belok jambatan koridor purba di kaunti itu, serta mencatatkan data berkenaan perbezaan bahagian serta membuat model teperinci.

Kata Zeng, kini semua data tersebut telah menjadi digital dan dianggap sebagai aset digital penting.

Pada 2017, dia mengambil tanggungjawab untuk memulihkan Jambatan Wenxing yang disenaraikan sebagai tapak kebudayaan dan bersejarah yang dilindungi peringkat kebangsaan selepas dilanda banjir teruk.

Proses tersebut telah membolehkan Zeng menimba pengalaman penting dalam pembaikpulihan jambatan koridor gerbang kayu.

Bagi memastikan ilmu kemahiran pembinaan jambatan koridor gerbang kayu dapat diperluaskan, dia turut memberi syarahan di universiti serta menjemput para pelajar ke studionya.

Zheng Huiming, 42, merupakan seorang lagi pewaris reka bentuk tradisional dan amalan pembinaan jambatan gerbang kayu China peringkat perbandaran di kaunti Shouning, Provinsi Fujian di tenggara China.

Untuk rekod, kaunti yang terletak bandar Ningde tersebut mempunyai 19 jambatan koridor gerbang kayu purba.

Foto fail menunjukkan jambatan gerbang berbumbung kayu Shuanglong di bandar Xietan di kaunti Shouning, Ningde, Provinsi Fujian di tenggara China. (China News Service/Gong Jian)

Foto fail menunjukkan jambatan gerbang berbumbung kayu Shuanglong di bandar Xietan di kaunti Shouning, Ningde, Provinsi Fujian di tenggara China. (China News Service/Gong Jian)

Zheng yang meneruskan tradisi keluarga yang merangkumi sembilan generasi, kini mengambil bahagian dalam pembinaan jambatan koridor gerbang kayu di kampung halamannya yang terletak di kampung Dongshanlou di kaunti itu, sekali gus memenuhi impian yang diturunkan melalui keluarganya.

Difahamkan, ia merupakan jambatan koridor gerbang kayu ke-13 yang dia terlibat dalam pembinaan.

Wu Zuming, timbalan ketua biro kebudayaan, sukan dan pelancongan kaunti Shouning berkata bahawa daerah itu telah mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan reka bentuk dan amalan tradisional untuk membina jambatan gerbang kayu Cina secara aktif.

Pewaris di kaunti itu telah membina lebih 20 jambatan koridor gerbang kayu baharu, membina tujuh jambatan di tempat lain atas undangan, dan mengambil bahagian dalam pemulihan lapan jambatan koridor purba.

Video

Berita Berkaitan